CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Terengganu] Jangan sentuh bunga pakma

[Copy link]
Post time 15-1-2023 04:18 PM | Show all posts |Read mode


Renjer Hutan, Mat Shafie Omar dan Mohd Syaifuddin bersama melihat bunga pakma atau dikenali sebagai bunga rafflesia di Hutan Simpan Tembak, Jenagor. FOTO Ghazali Kori

Hulu Terengganu: Penemuan bunga pakma atau popular dengan nama Rafflesia di Hutan Simpan (HS) Tembat, Jenagor, di sini, menjadikan hutan berkenaan antara lokasi pilihan pencinta alam dan penggiat aktiviti pendakian.

Pegawai Hutan Daerah Terengganu Barat, Jabatan Perhutanan Terengganu, Mohd Shahril Nizam Mat Ali, berkata, sejak penemuan pertama pada 2019, HS Tembat terus dikunjungi orang ramai yang masuk untuk melihat dan merakam gambar tumbuhan berkenaan.

Beliau berkata, orang ramai yang melihat dan merakam gambar tumbuhan berkenaan dinasihat supaya tidak terlalu ghairah mendekati tumbuhan itu kerana ia sejenis tumbuhan yang sensitif.

"Rafflesia tidak boleh disentuh sesuka hati dan ia boleh menyebabkan tumbuhan itu mati.

"Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak berada terlalu dekat dengan bunga berkenaan dalam kumpulan yang ramai kerana ia boleh menyebabkan akar tumbuhan rosak.

"Rafflesia yang ada di sini (HS Tembat) adalah dari spesis "Cantleyi" dan sekarang ia dalam tempoh mengembang.

"Jadi, orang ramai khususnya penggiat aktiviti lasak dan mendaki yang datang ke sini untuk melihat bunga berkenaan dinasihatkan tidak terlalu ghairah menghampiri tumbuhan berkenaan.

"Perkara paling penting sebelum memasuki kawasan hutan simpan, orang ramai perlu mendapatkan permit Jabatan Perhutanan Hulu Terengganu dahulu untuk melihat bunga berkenaan dengan permohonan perlu dibuat awal," katanya ditemui ketika meninjau bunga Rafflesia di HS Tembat, di sini, semalam.

Mohd Shahril berkata, sejak 2019 sehingga kini, terdapat sebanyak kira-kira 10 kuntum Rafflesia tumbuh di kawasan hutan berkenaan, namun kini hanya ada dua kuntum sahaja yang sedang mengembang manakala lima lagi sedang menunggu tempoh masa untuk kembang.

Menurutnya, bunga berkenaan akan kembang apabila cukup tempoh usia iaitu sembilan bulan.

Menurutnya, bunga yang belum cukup tempoh perlu dijaga dengan teliti ketika usia antara empat hingga lima bulan kerana risiko bunga berkenaan mati sebelum mencapai usia matang sangat tinggi berikutan ia sejenis tumbuhan sensitif dan alah pada air yang banyak.

"Jika proses untuk kembang berlaku ketika musim tengkujuh, risiko bunga berkenaan mati sangat tinggi," katanya.

Sementara itu bagi pencinta alam, Mohamad Che Embong, 62, berkata kewujudan bunga berkenaan menjadi 'penarik' untuk orang ramai mengunjungi kawasan hutan berkenaan.

"Bagaimanapun, anugerah Allah itu perlu dijaga kerana ia sukar ditemui dan berharap orang ramai yang datang untuk melihat kewujudan bunga Rafflesia di hutan simpan itu mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sentuh-bunga-pakma
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.030309 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list