View: 433|Reply: 0
|
[Johor]
Didenda RM1,300 iklan khasiat produk mengelirukan
[Copy link]
|
|
Muar: Seorang peniaga atas talian didenda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengiklankan produk makanan dan minuman mengandungi tuntutan kesihatan dan perubatan terhadap kesan produk yang boleh menyebabkan kekeliruan orang awam, dua tahun lalu.
Tertuduh, Intan Surayaa Mustapa, 36, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa membuat pengiklanan produk makanan Jus Botani Hasyifah di laman sesawang Facebook Botani Semalu Hasyifah dengan kenyataan iklan yang mungkin bertentangan dengan kehendak Akta Makanan 1983.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Kampung Simpang Baba, Bukit Pasir di sini, pada 5.50 pagi, 16 April 2021.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(1)(d) Akta Makanan 1983 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Muar, Mohd Shazmizal Mohd Mokhtar, memohon hukuman yang setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran serta teladan kepada semua pengusaha makanan dan minuman.
Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan bagaimanapun memohon hukuman denda yang rendah kerana menyara ibu bapa dan seorang anak selain membantu suami.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... produk-mengelirukan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|