CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

[Terengganu] Juruteknik, pengusaha keropok didenda RM20,000

[Copy link]
Post time 16-1-2023 05:24 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Nazir yang didenda RM20,000 di Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah melakukan aktiviti sabung ayam pada September 2020. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Dua lelaki didenda RM20,000 di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah melakukan aktiviti sabung ayam pada September 2020.

Tertuduh, Mohd Nazir Mohd Dagang, 47, dan Mohd Raimi Manaf, 33, turut berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Hakim Nazlyza Mohamad Nazri membuat keputusan itu selepas tertuduh yang masing-masing bekerja sebagai pengusaha keropok dan juruteknik berkenaan mengaku salah terhadap pertuduhan terbabit.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara bersama-sama bagi mencapai niat bersama didapati menyebabkan satu perlagaan haiwan iaitu ayam tanpa kuasa yang sah atau sebab yang munasabah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di gelanggang laga ayam sebuah bangsal di Kuala Nerus pada 4.15 pagi 3 September 2020.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 32 (1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Mohd Shahihan Mohd Tahar dan Fazlizan Ishak Khan, manakala tertuduh diwakili peguam, Puteri Hikmatul Raudah Dzulaika Mohamad serta Najmi Adila Mohd Nasir.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pok-didenda-rm20000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.120746 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list