CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Kelantan] JPJ lancar op khas tahan kenderaan perdagangan lebih muatan

[Copy link]
Post time 17-1-2023 04:22 PM | Show all posts |Read mode

Kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan yang ditahan untuk pemeriksaan ketika Operasi Khas JPJ Kelantan di Kampung Geting, semalam. NSTP/Ihsan JPJ

TUMPAT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Kelantan mengeluarkan 14 notis kesalahan terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan di daerah ini.

Operasi khas itu dijalankan di Kampung Geting, di sini, semalam, hasil aduan orang ramai yang meluahkan rasa gusar dengan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata sebanyak 40 kenderaan diperiksa dan 15 daripadanya diambil tindakan.

"Sebanyak 14 kes lebih muatan dikesan yang mana kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 sehingga RM500,000.


"Satu notis juga dikeluarkan terhadap sebuah lori mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan LKM tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Misuari berkata, secara keseluruhan, sebanyak 60 notis dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan bawah APJ 1987, APAD 2010 dan Kaedah-kaedah di bawahnya.

Beliau berkata, kesalahan yang dikesan ketika operasi adalah tiada lesen memandu, tiada lesen memandu vokasional (barangan), lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, lebih muatan, tidak menutup muatan dan lain-lain kes teknikal.
https://www.bharian.com.my/berit ... gangan-lebih-muatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.314162 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list