CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1161|Reply: 2

Lebih Baik Mati Dari Jalani Rawatan Kemoterapi Yang Menyakitkan - Sanjay Dutt

[Copy link]
Post time 17-1-2023 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Bintang Bollywood, Sanjay Dutt yang disahkan mengidap kanser paru-paru berkongsi perjalanan penyakit yang dideritanya itu.


Walaupun dikesan menghidap kanser terbabit pada Ogos 2020 ketika menjalani penggambaran filem Shamshera, namun bintang berusia 63 tahun ini sama sekali tidak patah semangat untuk menyelesaikan penggambarannya hingga tamat.




The Indian Express





Bukan itu sahaja, Sanjay tidak gentar melawan penyakit itu dengan rawatan dan ubat-ubatan di samping bergiat aktif dalam senaman kecergasan dan bekerja.


Dalam masa sama, aktor sasa yang popular pada era 90-an ini mengakui berasa takut untuk menjalani rawatan dan enggan mengikuti prosedur perubatan, lapor The Economic Times.


Sanjay turut mendedahkan bahawa dia pernah keseorangan di hospital kerana isteri dan ahli keluarganya berada di Dubai. Susulan itu, dia beranggapan lebih baik mati daripada menjalani rawatan kemoterapi yang menyakitkan.


Saya mempunyai sejarah kanser dalam keluarga saya. Ibu saya (Nargis) meninggal dunia akibat kanser pankreas, dan arwah isteri saya (Richa Sharma) meninggal dunia akibat kanser otak.


Jadi, perkara pertama yang saya katakan ialah, saya tidak mahu menjalani kimoterapi. Jika saya sepatutnya mati, saya akan mati sahaja, tetapi saya tidak mahu apa-apa rawatan.




Sumber: OHBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 08:32 AM | Show all posts
Tulah klo tgk family teruk kena kimo , mebi sependapat dgn heols.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayah iols kanser usus..tak sempat kimo
Mak iols kanser payudara...kimo.dah..radioterapi dah..
Rambut dia now belah atas jadi botak..belah tepi je naik...huhu...mak iols.kalau lepas kimo.mmg 2 hari dok atas katil sebab tak larat..
Jadi iols.memahami kalau diatak.mau...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.122493 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list