CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

[Pahang] Duit pusaka RM35,000 lesap

[Copy link]
Post time 18-1-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Suri rumah berusia 40 tahun di daerah ini kerugian RM35,000 selepas terpedaya dengan urusan perkhidmatan pembersihan bulu haiwan, baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berdasarkan laporan, mangsa melihat iklan pembersihan bulu haiwan pada 13 Januari lalu.

Katanya, mangsa kemudiannya berhubung dengan suspek melalui nombor telefon yang diberikan.

"Suspek meminta mangsa memuat turun aplikasi yang diberikan bagi tujuan pembayaran perkhidmatan terbabit.

"Setelah mengisi maklumat diri dalam aplikasi terbabit, mangsa mendapati wangnya berkurangan sebanyak RM35,00 daripada akaun milik mangsa yang juga wang pusaka milik ayahnya.

"Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kes terbabit, beliau menasihati orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi yang tidak berkaitan.

"Jangan mendedahkan butiran perbankan kepada pihak ketiga atau pun mana-mana aplikasi daripada pautan mencurigakan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... usaka-rm35000-lesap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.290848 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list