CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 0

[Pahang] Seekor lagi gajah ceroboh perumahan di Temerloh ditangkap

[Copy link]
Post time 18-1-2023 11:14 AM | Show all posts |Read mode

Kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang memindahkan gajah jantan yang ditangkap Kampung Teruh, Karak. FOTO Ihsan PKGK

Temerloh: Seekor lagi gajah yang menceroboh kawasan perumahan Pejabat Ladang Hutan Kemasul, di sini, awal bulan ini ditangkap Sabtu lalu dan dipindahkan oleh Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang ke Taman Negara Terengganu, semalam.

Gajah gajah jantan seberat dua tan dianggarkan berusia 15 tahun itu ditangkap di Kampung Teruh, Karak, di sini dalam operasi yang mengambil masa kira-kira lima jam membabitkan 21 kakitangan PKGK dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang kira-kira jam 1.45 petang.

Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, gajah jantan yang menghuni Hutan Simpan Kemasul itu dipercayai kumpulan 15 gajah yang menceroboh kawasan perumahan Pejabat Ladang Hutan Kemasul dan merosakkan banyak pokok hiasan.

Gajah berkenaan sebelum ini bergerak dalam satu kumpulan membabitkan tiga gajah jantan di Hutan Simpan Kemasul.

"Dua gajah denak Cheri dan Sanum digunakan untuk memujuk dan menarik gajah liar berkenaan.

"Kita memasang mikrocip dan pengukuran morfologi sebelum melepaskan gajah jantan berkenaan ke habitat baharu," katanya yang turut sama menyertai operasi berkenaan.

Katanya, ini adalah operasi memindahkan gajah yang kedua tahun ini selepas berjaya memindahkan gajah betina gajah betina berusia kira-kira 40 tahun pada 7 Januari lalu yang ditangkap dalam Hutan Simpan Kemasul.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -temerloh-ditangkap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.059852 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list