View: 352|Reply: 0
|
[Terengganu]
Pemandu lori mengaku tak bersalah laku amang seksual fizikal terhadap anak
[Copy link]
|
|
TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya. FOTO Ghazali Kori
Kuala Terengganu: Pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya.
Tertuduh berusia 40 tahun membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 13 tahun 10 bulan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di daerah Dungun, jam 10.15 pagi pada 6 Januari lalu.
Tertuduh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.
Mahkamah kemudian menetapkan 15 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Shahir Mat Jusoh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... zikal-terhadap-anak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|