CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3620|Reply: 0

[SEJARAH] Kisah Puteri Sultan Perak Menjadi Permaisuri Negeri Johor

[Copy link]
Post time 19-1-2023 06:04 PM | Show all posts |Read mode


Kisah Puteri Sultan Perak Menjadi Permaisuri Negeri Johor

Negeri Perak sememangnya banyak melahirkan individu-individu terkenal di Malaysia mahupun luar negara, baik dalam perkara berkaitan politik, ekonomi dan sebagainya.

Pada kali ini orangperak.com akan menyentuh kisah hebat puteri dari Negeri Perak yang juga anakanda kepada Paduka Seri Sultan Perak Sultan Idris Shah 2 menjadi Permaisuri bagi Negeri Johor.

Baginda tidak lain ialah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Tuanku Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifullah.



Tuanku Raja Zarith Sofia yang diputerikan pada tanggal 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak merupakan Permaisuri negeri Johor Darul Takzim dan isteri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail, Sultan Johor ke 5.

Baginda tidak memakai gelaran Sultanah Johor, sebaliknya memakai gelaran yang buat pertama kalinya digunakan dalam sejarah Kesultanan Johor iaitu “Permaisuri Johor” ketika Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Ismail pada 23 Mac 2015.





Baginda merupakan puteri kedua kepada Sultan Perak ke 33 Sultan Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah dan Raja Perempuan Perak Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Ariff Shah.

Memperoleh pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Datin Khadijah di Kuala Kangsar sehingga Darjah Enam pada tahun 1971, baginda menyambung ke peringkat menengah di Sekolah Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar.




Baginda bersekolah menengah di Perak hanya beberapa bulan sahaja kerana pada bulan September 1972, baginda telah dihantar ke England untuk bersekolah di Chaltenham Ladies College sehingga tingkatan enam.

Setelah tamat sekolah, baginda melanjutkan pelajaran di Davies’s College pada tahun 1977 seterusnya pada tahun 1978 baginda diterima masuk ke Somerville College,di Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford Entrance Examination.

Pada bulan Jun 1983, di usia 24 tahun, baginda menamatkan pengajian peringkat ijazah di Univerisiti Oxford dengan memperoleh Ijazah Bachelor of Arts in Chinese Studies. Baginda seterusnya menyambung ke peringkat Master dan memperoleh Master of Arts pada tahun 1986.


Baginda mendirikan rumah tangga bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang ketika itu Tunku Mahkota Johor. Istiadat perkahwinan baginda diadakan pada 22 September 1982 ketika baginda berusia 23 tahun.

Perkahwinan di antara putera Sultan Johor dan puteri Sultan Perak ini dikurniakan oleh Allah 6 orang cahaya mata, 5 putera dan seorang puteri. Anakanda sulung baginda, Tunku Ismail kini bergelar Tunku Mahkota Johor.

Anakanda baginda yang lain ialah Tunku Aminah, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar. Sepanjang berkahwin dengan Sultan Ibrahim, baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Raja Zarith Sofiah.


Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada Januari 2010, suami Tuanku Zarith Sofiah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor ke 25 dengan gelaran DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Tuanku Zarith Sofiah pula diberi gelaran DYMM Isteri Sultan Johor Tuanku Zarith Sofiah Idris. Baginda tidak diberikan gelaran Sultanah Johor seperti biasanya digelar kepada isteri Sultan Johor.

Baginda kemudiannya dikurniakan gelaran Permaisuri Johor oleh Sultan Ibrahim.


Tuanku Zarith Sofiah seorang puteri yang pintar dan mewarisi bakat seni daripada Almarhum ayahanda baginda, Sultan Idris Shah. Almarhum Sultan Idris merupakan seorang penulis yang baik sehinggakan baginda telah menulis beberapa lirik lagu termasuklah lagu “Cempaka Sari” nyanyian Allahyarham Tan Sri S.M. Salim, “Kalau Rindu” nyanyian Allahyarham Toh Puan Setia Dato’ Rafeah Buang dan lain-lain lagi.

Tuanku Zarith Sofiah lebih kepada bakat melukis dan lukisan baginda pernah menjadi hiasan buku cenderamata Pesta Lukisan Kanak-kanak.


Sebagai puteri raja yang amat dekat dihati rakyat, baginda terkenal aktif dalam hal-hal berkaitan kebajikan baik dinegeri Perak, Johor bahkan Malaysia.

Baginda memegang pelbagai jawatan antaranya baginda menjadi Penaung Pertubuhan Kanak-kanak Spastik Johor, Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia dan juga Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia.


Pada 28 November 2012, baginda berkenan melancarkan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor. Yayasan ini bertujuan untuk mengutip dana untuk mengadakan pelbagai program pelajaran dan menyebarkan cara pembelajaran secara Islam.

Tuanku Zarith Sofiah sememangnya seorang wanita berjiwa kental dan mempunyai cita -cita yang tinggi untuk melihat rakyat Malaysia dalam keadaan yang lebih baik.

Baginda banyak terlibat dalam mengadakan forum dan bekerjasama dengan pakar-pakar dari luar negara untuk membincangkan hala tuju pendidikan negara.



Baginda juga merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menggantikan bonda mertua baginda YAM Tunku Puan Zanariah. Selain itu baginda juga merupakan Fellow Fakulti Pengajian Bahasa dan Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Baginda juga merupakan Penaung Diraja Kelab Universiti Oxford di Malaysia. Bukan sahaja dalam bidang pendidikan, baginda juga aktif dalam bidang penulisan.

Hasil tulisan baginda termasuklah buku cerita kanak-kanak dan juga tulisan di akhbar The Star di ruangan”Mind Matters”.


Sumber:https://www.orangperak.com/kisah ... i-negeri-johor.html


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.190855 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list