CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

[Kelantan] Suami isteri jadi 'transporter' edar ketum, ubat batuk

[Copy link]
Post time 21-1-2023 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Tindakan berani sepasang suami isteri membawa 260 kilogram (kg) daun ketum dan 10 liter ubat batuk bernilai RM9,300 membawa padah apabila ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) Batu 6, di Batu Melintang Jeli, jam 10.50 pagi pada Selasa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki itu yang juga seorang penganggur berusia 47 tahun bersama isterinya berumur 45 tahun menaiki Proton Exora dari arah Gerik ke Jeli dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota bertugas membuat pemeriksaan di dalam kereta dan menemui beg plastik hitam yang mengandungi daun ketum serta kotak berisi botol ubat batuk.

"Pasangan suami isteri terbabit dipercayai membawa bekalan daun ketum dari negeri di utara untuk pasaran tempatan. Polis mengesyaki pasangan ini menerima upah sebagai 'transporter' untuk membawa barangan terlarang berkenaan.

"Hasil siasatan mendapati pasangan berkenaan tidak bekerja dan dipercayai memperoleh pendapatan melalui penyeludupan daun ketum serta ubat batuk.

"Selain itu, semakan laporan menunjukkan suspek lelaki mempunyai lima rekod lampau membabitkan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah," katanya sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini

Muhamad Zaki berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine dan pasangan berkenaan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.



MUHAMAD Zaki. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ubat-batuk-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.045856 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list