CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 0

[Johor] MAQIS rampas 2,500 kg kobis Cina dari Singapur

[Copy link]
Post time 21-1-2023 11:36 AM | Show all posts |Read mode

Kobis China seberat 2,500kg yang dirampas di laluan kargo import BSI, Selasa lalu. - Foto ihsan MAQIS

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas konsainan membawa kobis Cina dari Singapura, Selasa lalu kerana disyaki mengemukakan maklumat mengelirukan dalam pengimportan.

Pengarah MAQIS Johor, Edie Putra Md Yusof, berkata muatan itu ditahan dalam pemeriksaan rutin di lakukan pegawai MAQIS di laluan kargo import MAQIS Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.

Katanya, kobis Cina itu dianggarkan seberat 2,500 kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM6,600.

"Hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh pegawai MAQIS mendapati pengimport memberikan maklumat tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan, yang mana label pada kotak tidak sama dengan dokumen diberikan ketika pengisytiharan kepada MAQIS.

"Pemandu lori lelaki warga tempatan berusia 40 tahun dilepaskan setelah kenyataan diambil.

"Pihak MAQIS sentiasa menekankan pendekatan keseluruhan kerajaan dengan mengutamakan keperluan dan suara rakyat adalah amat penting dalam menyahut cabaran keterjaminan makanan negara," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta MAQIS 2011, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM75,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... cina-dari-singapura
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.240164 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list