CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 0

[Kelantan] Durian bakul jadi rebutan

[Copy link]
Post time 21-1-2023 11:39 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Sebanyak lima tan durian habis dijual dalam tempoh kurang dua jam di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini.

Itu penangan, 'durian bakul' yang dijual pasangan suami isteri, Shahmi Azani Mohd Tanazi, 30, dan Saidatul Fatini Shamsudin, 30.

Durian berkenaan dijual secara bakul pada harga RM10, RM25, RM40 hingga RM50 untuk sebakul.

Shahmi berkata, jualan bermula jam 10.30 pagi dan biasanya ia habis terjual kurang dua jam.


"Kita jual terus dari dalam lori, pelanggan akan bawa bakul untuk diisi, dan bayar sebaik dapat durian.

"Biasanya, durian jenis kampung atau durian kahwin kita jual RM10 hingga RM25 sebakul manakala untuk RM40 ke atas adalah bagi durian bergred seperti Musang King, D24/XO, Udang Merah, IOI dan Tekka," katanya ketika ditemui di tapak jualannya di sini, hari ini.

Shahmi berkata, setiap bakul dengan harga berlainan itu ditentukan melalui warna dan bentuk bakul seperti bakul biru untuk durian berharga RM10 manakala bakul kelabu, harga RM25.

Katanya, ini bagi memudahkan urusan jual beli kerana keadaan akan sesak ketika sesi memborong durian.

"Idea jual durian dalam bakul ini dicetuskan isteri bagi memberi peluang orang ramai boleh membeli durian tanpa risau kerana raja buah ini sinonim dengan harga mahal," katanya.

Dia yang berpengalaman menjual durian sejak 15 tahun berkata, ketika ini dia menjual lebih 13 jenis durian yang diperoleh dari Raub, Pahang.

Katanya, selain faktor musim perayaan, durian mendapat permintaan tinggi kerana harganya menurun kebelakangan ini, misalnya bagi Musang King kebiasaan dijual RM35 sekilogram kini berharga RM22 sekilogram.

Bagi Siti Esah Ismail, 69, dia sanggup datang dari Kok Lanas, Ketereh untuk membeli durian di situ kerana harganya jauh lebih murah.

"Kita beli banyak nak jamu anak dan ahli keluarga yang pulang bercuti," katanya.


Pelanggan berebut membeli durian yang dijual dengan cara bakul di Kampung Semat Jal, Wakaf Baru, Kota Bharu. - Foto NSTP/ Nor Amalina Alias

https://www.bharian.com.my/berit ... -bakul-jadi-rebutan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.036908 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list