CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Johor] Dipaksa makan babi, tikus, diancam dengan cota elektrik

[Copy link]
Post time 22-1-2023 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Mohammad Farhan bersama ibunya, Zaihiriah dan ayahnya, Azman di kediaman mereka Seri Gading Batu Pahat, Johor. Foto Mohamad Fahd Rahmat.

Batu Pahat: Setiap hari terpaksa makan daging babi, tikus dan ayam tidak halal selain diancam dengan cota elektrik serta dibelasah jika melawan.

Itu antara penderitaan Mohammad Farhan Azman, 20, bersama sekumpulan 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Mangsa berkata, tidak cukup dengan itu, dakwanya ada mangsa warga Malaysia wanita termasuk bawah umur menjadi hamba seks oleh sindiket yang disertai kumpulan lelaki berpakaian ala askar dan bersenjatakan M-16 dan Riffle.

Menceritakan kembali detik hitam selama empat bulan dalam hidupnya, Mohammad Farhan yang berjaya melarikan diri bersama rakan sekampungnya dari lokasi kejadian di KK Garden Myanmar berkata, pengalaman itu menyebabkan dia trauma.

"Apa nasib kawan-kawan lain sekarang, kerana ketika bekerja di bangunan setinggi empat tingkat dan dipagari tembok berkawat besi itu ia tak ubah seperti penjara, memang ada satu sahaja jalan keluar dan masuk.

"Kami yang berusia dari 18 hingga 26 tahun tak boleh melarikan diri dan dikawal rapi 24 jam oleh lelaki bersenjata dan berpakaian askar," ketika ditemui hari ini.

Katanya, dia bersama empat rakan dari daerah ini tiba di Bangkok Thailand pada 13 September tahun lalu menaiki penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa, Senai.

Katanya, selepas itu mereka menaiki pacuan empat roda menuju Mae Sot Thailand dan bermalam di sebuah hotel murah serta meninggalkannya pada 6 pagi berikutnya.

"Kami dibawa melalui kawasan hutan, ladang tebu dan jagung sehingga sampai ke sebuah sungai sempadan Thailand-Myanmar, dan masa itulah kami sudah cakap memang sah sudah kena jual.

"Sebaik di sungai itu, sekumpulan lelaki berkain pelikat menyerbu kenderaan dengan muka bengis mengangkat beg dan menyuruh kami menaiki bot.

"Selepas 20 minit, kami tiba di sebuah kawasan dengan disambut ramai lelaki berpakaian askar dan bersenjata yang menyuruh kami mengikut mereka menaiki kenderaan pacuan empat roda.

"Dalam setiap kenderaan itu, ada lapan orang termasuk dua 'askar' bersenjata dan ada lebih tiga kenderaan.

"Selepas kira-kira tiga jam kami tiba di kompleks seperti penjara itu yang mempunyai segala kemudahan, seperti rumah, kawasan rekreasi, kedai makan dan sebagainya," katanya.

Katanya, mereka awalnya dijanjikan pekerjaan sebagai pengemas bilik hotel di Singapura dengan upah sebanyak AS$2,000 (RM8,572) sebulan.

"Bagi memperdayakan kami, sindiket berpura-pura menjaga makan minum selain memberi duit belanja sebanyak RM2,000 ketika tiba di Bangkok, Thailand.

"Kami bekerja sebagai 'scammer' untuk mencari mangsa dari negara Eropah dengan menjual apa-apa produk yang sangat murah

"Selepas mangsa membuat transaksi dalam talian pada pautan palsu yang diberikan dan ketika itu sindiket akan 'mengeringkan' akaun bank mangsa," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... engan-cota-elektrik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.068047 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list