CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

[Pahang] Lelaki turun Gunung Tahan dihanyutkan arus Sungai Tanum

[Copy link]
Post time 23-1-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

Kuantan: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas didakwa dihanyutkan arus deras Sungai Tanum semasa menuruni Gunung Tahan di Kuala Lipis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Noor berkata pihaknya dimaklumkan kejadian yang menimpa Haniff Harun, 47, dari Kampung Paloh Haji Daud, Kuala Terengganu itu pada 2.20 petang tadi.

"Mangsa difahamkan menyertai aktiviti mendaki bersama sembilan individu dengan dipandu arah oleh masing-masing seorang malim gunung dan porter menggunakan laluan masuk di Merapoh.

"Pendakian bermula pada Jumaat lalu (20 Januari) sebelum dijangka turun pada Selasa, namun mereka terpaksa berpatah balik ke Kuala Juram akibat cuaca buruk," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Azli berkata kumpulan itu perlu menyeberangi sungai selebar kira-kira 20 meter dalam perjalanan turun.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan petang tadi membabitkan polis serta bomba termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (Mocsar) dan setakat ini hanya beg mangsa ditemukan berhampiran lokasi kejadian.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-arus-sungai-tanum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:23 AM GMT+8 , Processed in 1.563060 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list