|
Kemaman: "Setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina, saya rasa sayalah orang yang paling 'ong' (bertuah)," kata warga emas, Liew Siah Hwa.
Siah Hwa,79, berkata, dia sangat gembira apabila dapat menyambut perayaan itu bersama anak, menantu, cucu dan cicitnya termasuk yang beragama Islam.
Menurutnya, dia mempunyai empat anak lelaki yang memeluk agama islam sejak tahun 80-an, manakala seorang anak perempuannya tidak berbuat demikian.
"Bagaimanapun, tiga anak lelaki saya itu sudah meninggal dunia dan kini hanya tinggal Mohd Hakimi Keong, 56, dan seorang anak perempuan yang tidak memeluk islam.
"Walaupun kehilangan suami, semua tiga menantu saya sangat baik dan tetap datang menjenguk saya termasuk bersama-sama menyambut perayaan Tahun Baharu Cina," katanya.
Katanya, biarpun terasa sedih kehilangan suami dan tiga anak, namun dia sangat gembira kerana setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina, semua anak, menantu, cucu dan cicitnya berkumpul di rumahnya.
"Kini saya sangat gembira kerana mempunyai 18 cucu serta empat cicit dan setiap kali berkumpul, rumah saya ini akan meriah," katanya.
LIEW Siah Hwa (duduk belakang tiga kiri) berkumpul bersama anak, menantu, cucu dan cicitnya sempena sambutan Tahun Baru Cina di rumahnya. FOTO Rosli Ilham
Siah Hwa berkata, dia bersyukur dan kagum apabila menantunya yang beragama Islam sangat akrab dan mesra dengan anak serta menantunya yang bukan beragama Islam.
"Walaupun berbeza agama, bangsa dan budaya, kami boleh hidup sekeluarga seperti keluarga orang lain yang sama agama.
"Perayaan kali ini, anak dan menantu saya menyediakan juadah seperti rendang, nasi minyak, pulut kuning, kuih bakul goreng dan kuih bulan," katanya yang memaklumkan kesemua anak dan menantunya itu tinggal di sekitar Kemaman.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... antu-muslim-metrotv |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|