CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Kelantan] 'Mata di udara' JPJ kesan 40 kesalahan trafik

[Copy link]
Post time 23-1-2023 12:51 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Misuari. FOTO Arkib NSTP

Kota Bharu: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 40 notis saman kepada pemilik kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan melalui pemantauan dron sejak semalam.

Pengarahnya Mohd Misuari Abdullah berkata antara kesalahan tertinggi yang dikesan adalah memotong garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan melawan arus, memandu melebihi had laju serta gagal patuhi lampu isyarat.

"JPJ Kelantan memberi amaran kepada pengguna jalan raya supaya tidak melanggar peraturan lalu lintas kerana JPJ turut mempunyai 'mata di udara' bagi mengesan apa jua kesalahan yang dilakukan.

"Antara lokasi utama pemantauan menggunakan dron adalah di kawasan kerap berlaku kemalangan termasuk jalan utama negeri Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang dan Kota Bharu-Pasir Puteh-Jerteh, Terengganu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Misuari berkata dengan penggunaan dron banyak kesalahan oleh pemandu dikesan, sekali gus berjaya mengelak daripada berlakunya kemalangan.

"Sejak hari pertama Op Tahun Baharu Cina, sejumlah 726 notis saman dikeluarkan oleh JPJ Kelantan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 40-kesalahan-trafik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.375422 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list