CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 0

[Johor] Pantai Batu Layar ditutup sementara susulan kes lemas

[Copy link]
Post time 23-1-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode

PANTAI Batu Layar. FOTO insan Bomba

Johor Bahru: Majlis Perbandaran Pengerang mengeluarkan notis penutupan sementara Pantai Batu Layar, di Kota Tinggi susulan kejadian seorang remaja lemas manakala seorang lagi masih hilang di pantai berkenaan semalam.

Ketua Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata notis berkenan berkuat kuasa serta merta dan pantai itu ditutup hingga esok.

Sementara itu, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang diteruskan pagi ini dengan kekuatan 72 pegawai dan anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

"Kaedah pencarian dilakukan secara visual dan dipecahkan kepada tiga pasukan.

"Radius pencarian adalah di kawasan pantai sepanjang dua kilometer dan antara 0.5 hingga dua batu nautika di kawasan laut sekitar mangsa dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin berkata JBPM menjangkakan air surut pada 5.21 petang ini ke paras 0.3 meter, justeru sektor pencarian mangsa juga akan dilakukan di kawasan sekitar pantai yang surut.

Semalam, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas manakala seorang lagi hilang selepas mandi-manda di pantai tersebut pada 1.25 tengah hari.

Kedua-dua mangsa datang ke pantai itu bersama empat rakan lain dengan menaiki motosikal dari Kluang dan kehadiran mereka di situ diketahui ibu bapa masing-masing.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-susulan-kes-lemas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.415988 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list