View: 1160|Reply: 5
|
SRK Terus Call Lepas Ketua Menteri India Tanya Wartawan Siapa Shah Rukh Khan
[Copy link]
|
|
Ketua Menteri negeri Assam, Himanta Biswa Sarma mengemukakan soalan: “Siapakah Shah Rukh Khan (SRK)?”, sebagai jawapan ringkas kepada pertanyaan pemberita berhubung sekumpulan perusuh yang menyerbu sebuah pawagam yang menyiarkan filem Hindi terbaharu, Pathaan di bandar raya Guwahati, lapor agensi berita Press Trust of India semalam.
Media telah menimbulkan persoalan mengenai protes ganas oleh aktivis kumpulan Bajrang Dal kerana menyerbu sebuah pawagam di Narengi yang terletak di bandar raya Guwahati Jumaat lalu di mana filem itu dijadualkan akan ditayangkan.
Aktivis-aktivis tersebut mengoyak poster filem itu dan membakarnya. Filem Pathaan menerima kecaman daripada sebilangan kumpulan kerana ia memaparkan babak aktres Deepika Padukone memakai bikini ketika menyanyikan lagu Besharam Rang.
Ramai pemimpin termasuk dari kumpulan nasionalis Hindu, Vishwa Hindu Parishad telah menuntut pengharaman filem itu.
“Siapa Shah Rukh Khan?” soal Biswa Sarma ketika ditanya oleh wartawan mengenai kejadian rusuhan tersebut.
Bagaimanapun, selepas beliau membuat kenyataan tersebut, laman berita India.com melaporkan bahawa SRK kemudian menghubunginya menerusi telefon.
Ketua Menteri itu membuat ciapan di Twitter bahawa SRK telah menelefonnya dan melahirkan kebimbangan mengenai insiden di Guwahati.
Beliau kemudian memberi jaminan kepada pelakon Bollywood popular itu bahawa menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman awam.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Over ko,xkan x kenal srk kut...kalo pelakon baru yg jadi pelakon filem boleh la ko nk who r yuss,tapi aq lagi x faham kenapa rakyat india marah sanggat ngan movie ni,ada isu sensitif ke???takat deepika bikini tu bukan nye dia x penah pakai bikini sebelum ni,aq rasa movie2 dia yg lain lagi daring kut,debut dia ngan movie om shanti om tu pon leh tahan seksi dress dia,movie dia ngan laki dia tu apa ke nama movie yg tajuknya panjang tu aq dh x ingat yg ada kiss scene tu pon seksi gila pakaian dia,bukannya sebelum ni dia blakon pakai baju punjabi je[em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
Ohh berani dia whoareyuskan SRK..siap sedialah dihencap oleh fanatik SRK.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa bukan sbb filem ni sgt pun
.tp sbb srk pergi umrah kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia saja2 buat xkenal nk publisiti |
|
|
|
|
|
|
| |
|