View: 333|Reply: 0
|
[Kelantan]
Lebih 15 rumah penduduk di Pantai Kampung Damat diancam hakisan
[Copy link]
|
|
HASSAN (kanan) bersama anaknya Norazaha (kiri) serta cucunya menunjukkan beberapa batang pokok kelapa yang tumbang akibat kejadian ombak besar menghakis kawasan pantai. FOTO Bernama
Bachok: Lebih 15 rumah di pesisir pantai Kampung Damat, di sini, diancam hakisan akibat ombak yang membadai lokasi tersebut sejak Khamis.
Seorang penduduk Nik Sin Nik Lah, 69, merayu kerajaan agar segera membina benteng penahan ombak bagi memastikan keselamatan kediaman serta nyawa penduduk.
"Ini sahaja cara untuk menyelamatkan rumah penduduk yang berada di kawasan ini. Jika tidak berkemungkinan besar kediaman kami akan musnah dibadai ombak dalam tempoh terdekat memandangkan lokasi ini menghadap Laut China Selatan.
"Sejak beberapa tahun lalu lebih satu kilometer pantai di kawasan ini sudah menjadi sebahagian kawasan laut," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.
Hassan Abdul Rahman, 90, berkata ombak besar yang membadai kawasan itu menyebabkan dia bersama ahli keluarga terpaksa lari menyelamatkan diri ke rumah jiran.
"Dua hari lalu (Khamis) saya serta cucu terpaksa lari dan tidur di rumah jiran yang berada jauh dari kawasan pantai.
"Kejadian turut menyebabkan lebih lima batang pokok kelapa berhampiran rumah saya turut tumbang," katanya.
Bagi Norazaha Hassan, 52, dia bersama ahli keluarganya sanggup berpindah ke kawasan lain jika ada tawaran daripada kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, mereka ada memohon untuk mendapatkan rumah di Projek Penempatan Semula Nelayan Tok Bali, Pasir Puteh tetapi gagal.
"Saya harap mana-mana pihak dapat membantu memindahkan keluarga saya ke kawasan yang lebih selamat kerana rumah ini pun saya bina dengan menumpang di tanah orang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mat-diancam-hakisan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|