View: 350|Reply: 0
|
[Terengganu]
Tok Wan gigih berniaga lemang, putu kacang di usia emas
[Copy link]
|
|
Kemaman: Biarpun dirinya sudah dimamah usia, minat berniaga yang disemai sejak usia muda menyebabkan Wook Mohd Zain terus melakukan kerjaya itu sebagai sumber rezeki menyara diri sendiri dan anak lelakinya.
Melihat susuk tubuh wanita terbabit yang kurus dan bongkok tiga, tiada siapa menduga nenek berusia 81 tahun itu masih ligat melayani pelanggan yang mengunjungi gerai lemang miliknya yang terletak di tepi jalan utama menghala ke Chukai di Kampung Bukit Anak Dara, dekat Kijal, di sini.
Deria penglihatan dan pendengarannya yang masih jelas membolehkan warga tua itu menguruskan perniagaannya dengan lancar tanpa sebarang gangguan ketika melakukan urus niaga.
Malah, sikapnya yang ramah dan bertolak ansur dalam urusan jual beli menyebabkan gerai nenek yang mesra dengan panggilan Tok Wan itu sentiasa didatangi orang ramai yang 'rindu' terhadap lemang air tangannya yang diusahakan sejak lebih 20 tahun lalu.
Membuka perbualan, Tok Wan berkata, dia mula berniaga lemang pada tahun 2000 dengan menyewa gerai berkenaan daripada pemiliknya ketika itu dengan kadar sewa RM100 sebulan.
Bagaimanapun, kira-kira enam bulan selepas itu, wanita memiliki dua anak, Rosnah Mustaffa, 63, dan Roslan, 52, itu mengambil keputusan membeli gerai berkenaan dengan harga RM5,000.
"Tok beli sebab fikir sampai bila mahu sewa ...nak berniaga lama, jadi Tok jual tanah dan sebahagian duit itu digunakan untuk bayar harga gerai sebanyak RM5,000.
"Bila sudah jadi hak kita, nak buat apa pun senang, nak baiki, tambah sini sana, bebas... nak berniaga pun rasa selesa, tidak payah pening kepala fikir nak bayar sewa bulanan," katanya ketika ditemui di gerainya, semalam.
TOK Wan masih gagah di gerai lemangnya di tepi jalan utama menghala ke Chukai di Kampung Bukit Anak Dara dekat Kijal. FOTO Zaid Salim
Tok Wan yang berasal dari Bukit Besar, Kuala Terengganu berkata, dia berpindah ke Kijal selepas berkahwin dan berniaga putu kacang bagi menambah pendapatan keluarga dan ia kekal hingga kini.
"Hasil menjual putu kacang, Tok dapat buat rumah dan beli mesin pengisar kacang. Sehingga kini, disamping berniaga lemang, Tok masih membuat putu kacang kerana sambutan terhadap kuih ini sangat tinggi terutama pada musim perayaan.
"Tok buka perniagaan lemang selepas menyertai pertandingan membuatnya di kampung pada tahun 2000. Alhamdulillah, Tok tidak pernah buat lemang sebelum ini tetapi orang puji kata sedap dan disebabkan itu terbuka hati untuk berniaga dan kekal hingga kini," katanya.
Tok Wan berkata, setiap hari dia memulakan proses membuat lemang selepas selesai solat Subuh dengan bantuan anaknya.
Menurutnya, setiap hari dia membakar antara 80 hingga 100 batang lemang dan bilangan akan bertambah pada musim perayaan dan cuti sekolah.
Selain lemang dan putu kacang, Tok Wan turut menjual jeruk kelubi yang dibuatnya sendiri.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-usia-emas-metrotv |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|