CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Kelantan] Jangan sentuh 'Portuguese Man O' War' di Pantai Irama

[Copy link]
Post time 29-1-2023 02:16 PM | Show all posts |Read mode

OBOR-OBOR jenis Portuguese man o’ war yang dikesan di sekitar Pantai Irama, dekat Bachok. FOTO Ihsan APM

Kota Bharu: Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak menyentuh obor-obor jenis Portuguese man o' war yang dikesan di sekitar Pantai Irama, dekat Bachok.

Pegawai Pertahanan Daerah Bachok, Leftenan Pertahanan Awam Mohd Khairi Mat Hussin berkata, bangkai obor-obor itu dikesan pihaknya pada jam 3 petang Rabu lalu.

Katanya, ketika anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bachok membuat rondaan rutin, mereka menemukan bangkai obor-obor terdampar di tepi pantai.

"Pihak kita mengambil bangkai itu dan menanamnya, manakala ikan yang menjadi mangsa obor-obor terbabit dilupuskan. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendekati obor-obor itu kerana ia akan menyebabkan kegatalan serta kesan negatif lain.

"Jika terkena, mangsa perlu membuangnya dengan menggunakan kayu atau sarung tangan bagi mengelakkan kesan yang lebih mudarat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, obor-obor berkenaan naik ke darat berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu angin yang kuat, ombak besar dan terjadinya air pasang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... war-di-pantai-irama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 1.135872 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list