CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 0

[Kelantan] Murlinda dijemput Ilahi selepas dua tahun diuji penyakit misteri

[Copy link]
Post time 2-2-2023 10:15 AM | Show all posts |Read mode

Kota Bharu: Selepas dua tahun menderita sakit misteri yang menyebabkan seluruh kulit tubuh menggelupas dan mengeluarkan cecair serta nanah, Murlinda Mohd Zin dijemput Ilahi tengah hari tadi.

Murlinda, 45, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, jam 12.10 tengah hari tadi selepas tiga hari menerima rawatan.

Ibunya, Zainab Safiain, 69, berkata, anaknya yang mesra disapa 'Ibu' itu dimasukkan ke hospital pada tengah hari kelmarin kerana sukar bernafas sebelum ditidurkan semalam kerana keadaannya semakin kritikal.

"Jam 12.10 tengah hari tadi anak saya menghembuskan nafas terakhir di sisi semua ahli keluarga kerana sejak dia dimasukkan ke hospital, kami tidak berjauhan dengannya.

"Memang tidak sangka Ibu akan pergi meninggalkan kami akhirnya kerana sejak sebulan kebelakangan ini keadaan kulit seluruh tubuhnya semakin kurang menggelupas dan bertambah baik," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belukar, Kedai Piah di sini, hari ini.



MURLINDA meninggal dunia tengah hari tadi selepas menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu. FOTO Siti Rohana Idris

Zainab berkata, dia berasa agak ralat kerana tidak sempat menunaikan ibadah umrah bersama Murlinda yang dijangka bertolak ke Tanah Suci pada 13 Februari nanti.

Katanya, hasrat untuk mengerjakan umrah dirancang sejak tahun lalu dan kos untuk ibadah itu ditaja sepenuhnya oleh seorang lagi anaknya dengan separuh daripadanya sudah dibayar.

"Pada asalnya saya ingin pergi (umrah) bersama suami tapi terdetik untuk mengajak Ibu kerana kebelakangan ini keadaannya semakin baik.

"Bagaimanapun perancangan Allah lebih baik dan ketika hayatnya juga, Murlinda kerap berpesan kepada saya agar menjaga hubungan yang baik sesama ahli keluarga kerana dirinya akan 'pergi' tidak lama lagi," katanya.

Jenazah Murlinda dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ketereh, Belukar di sini selepas Asar sebentar tadi.

Penyakit misteri yang dialami Murlinda bermula dari kaki sehingga kepala seakan melecur dan kulit akan terkupas jika kering pernah dipaparkan sebelum ini.

Pelbagai ikhtiar sudah dibuat sama ada perubatan moden atau tradisional namun wanita itu tidak juga sembuh sebelum penderitaannya berakhir dengan kematian.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kit-misteri-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.042015 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list