CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 0

[Kelantan] Orang ramai tak hirau risiko kepala air - Bomba Kelantan

[Copy link]
Post time 2-2-2023 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bahru: Pemantauan lebih kerap dibuat di lebih 10 lokasi panas yang menjadi kawasan peranginan di negeri ini sepanjang monsun timur laut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Zainal Madasin berkata, lokasi panas itu membabitkan kawasan lata, jeram dan pantai yang menjadi tumpuan orang ramai terutama menjelang cuti sekolah atau hujung minggu.

Menurutnya, walaupun cuaca kini tidak dapat dijangka dan sesekali diramal berlaku hujan lebat, orang ramai seakan tidak peduli bahaya yang bakal berlaku contohnya kejadian kepala air.

"Lata dan jeram terdapat di Kuala Krai, Jeli, Machang serta Tanah Merah, manakala pantai pula, kami tumpukan di sekitar Pasir Puteh dan Bachok.

"Pemantauan dibuat oleh anggota dari balai di daerah terbabit dengan dibantu Pasukan Bomba Bantuan (PBB) Safety Water and Rescue Team (SWART).

"Kita bimbang dengan kejadian kepala air yang banyak berlaku di kawasan jeram atau lata yang mana pengunjung sering ke lokasi riadah ini walaupun dalam tempoh monsun timur laut," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Zainal berkata, di kawasan pantai pula, pemantauan dibuat terhadap kejadian air pasang besar dan amaran serta nasihat diberikan kepada pengunjung yang datang agar tidak menghampiri kawasan berisiko itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan majlis Perbarisan Tahunan 2023 JBPM di Tunjong di sini, hari ini.

Dalam majlis itu juga, beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada beberapa pihak yang memberi sumbangan bot yang digunakan untuk menyelamat mangsa banjir.

Dalam perkembangan sama, Zainal berkata, penubuhan Pasukan khas Bomba Komuniti sejak empat tahun lalu juga banyak membantu pihaknya dalam menjalankan penugasan harian.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat lebih 370 anggota bomba komuniti membabitkan 37 pasukan sudah dilantik di seluruh Kelantan dengan menerima sejumlah elaun.

"Sasaran kami adalah setiap daerah ada pasukan khas bomba komuniti yang akan bertugas memberi bantuan awal jika berlaku apa-apa kejadian contohnya kebakaran dan lemas," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -air-bomba-kelantan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.032530 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list