CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

[Kelantan] Harga sayur turun naik, ikan stabil

[Copy link]
Post time 2-2-2023 05:55 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai memilih ikan ketika ditemui di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, hari ini. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Harga beberapa sayur-sayuran mengalami turun naik sejak lebih seminggu lalu, namun bekalannya mencukupi untuk menampung keperluan pengguna.

Tinjauan di Pasar Besar Siti Khadijah mendapati, antara sayur-sayuran yang mengalami kenaikan harga ialah terung yang dijual dari RM7 kepada RM8 sekilogram; kacang panjang daripada RM10 kepada RM11 sekilogram; tomato dari RM9 kepada RM10 sekilogram, manakala limau nipis dari RM7 kepada RM8 sekilogram.

Peniaga sayur-sayuran Noriah Adam, 49, berkata meskipun harga sayuran mengalami turun naik, dia tidak berdepan masalah kekurangan bekalan kerana ia dihantar seperti biasa pada setiap hari.

"Bagaimanapun, harga beberapa jenis sayuran mengalami kenaikan berpunca daripada kos yang ditanggung di pelbagai peringkat rantaian bekalan yang menggunakan khidmat orang tengah sebelum ia sampai kepada peniaga.

"Situasi ini berlaku bukan berpunca daripada peniaga atau pemborong, tetapi daripada rantaian bekalan yang membabitkan orang tengah, sekali gus menyebabkan harga bekalan yang diterima lebih mahal.

"Apabila harga sayuran meningkat, ia sebenarnya menyukarkan peniaga untuk menetapkan harga baharu kerana pelanggan sudah mula membandingkan harga yang ditetapkan oleh setiap peniaga," katanya ketika ditemui di Pasar Besar Siti Khadijah, di sini, hari ini.

Sementara itu, tinjauan juga mendapati bekalan ikan mencukupi selain harganya juga menurun berbanding sebelum ini.

Peniaga ikan, Zahari Ismail, 67, berkata harga ikan sedikit menurun pada bulan ini berbanding Disember tahun lalu susulan berlaku banjir.

"Pada pertengahan Januari lalu, harga ikan turun berikutan stok harian mula meningkat selepas nelayan boleh kembali ke laut seperti sediakala.

"Kebiasaannya saya mengambil bekalan ikan ini daripada pemborong di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) selain dari Thailand untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Antara ikan yang mengalami penurunan harga ialah ikan selayang yang dijual menurun dari RM14 kepada RM7 sekilogram dan ikan kembung dari RM25 kepada RM18 sekilogram berbanding sebelum ini," katanya.

Peniaga makanan, Siti Zawinah Zainal Abidin, 58, pula berkata, sebagai peniaga makanan, turun naik harga bekalan bahan mentah memberi kesan kepadanya.

"Saya yang tidak mempunyai pendapatan tetap, secara tidak langsung turut menerima tempias bebanan berikutan kenaikan harga.

"Saya juga dalam dilema untuk menaikkan harga makanan susulan kenaikan kos bahan mentah kerana untung yang diperoleh adalah sedikit, namun tidak mahu membebankan pelanggan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... un-naik-ikan-stabil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.036887 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list