|
Berhijab di Masjid Abu Dhabi, Kemunculan Jennie BLACKPINK Raih Pujian Netizen
Jennie BLACKPINK kembali menarik perhatian peminat termasuk Indonesia baru-baru ini. Kini, salah satu gambarnya ketika berada di masjid Abu Dhabi telah menarik perhatian di media sosial.
Berpakaian Sopan
Dalam gambar yang dimuat naik di media sosial, Jennie terlihat mengenakan kemeja putih dengan jaket krim lengan panjang.
Dia juga memakai seluar hitam dengan tanda merah jambu. Kasut hitam putih turut menghiasi kakinya.
Kain Menyerupai Tudung
Antara yang menarik perhatian ramai netizen ialah Jennie memakai kain hitam di kepala menyerupai tudung.
Masjid itu adalah salah satu daripada beberapa tempat yang Jennie kunjungi semasa berada di Emiriah Arab Bersatu. Berdasarkan muat naik di media sosial, Jennie turut melawat Louvre Abu Dhabi.
Bukan itu sahaja, dia juga menaiki roller coaster terpantas didunia, Formula Rossa yang terletak di Ferrari World Abu Dhabi.
Konsert Di Asia
Pada penghujung Januari 2023, BLACKPINK mengadakan konsert di Etihad Park, Pulau Yas, Abu Dhabi. Ini adalah peluang pertama untuk kumpulan YG Entertainment muncul di Abu Dhabi.
Selepas Abu Dhabi, BLACKPINK akan meneruskan jelajah dunia ke Asia Tenggara pada Mac 2023, bermula dari Kuala Lumpur, Jakarta, Kaohsiung dan Manila.
Pada Mei 2023, Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa juga akan melawat Singapura, Melbourne, Sydney dan Auckland.
Sumber:https://murai.my/2023/168328/ber ... aih-pujian-netizen/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|