CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Pahang] Ulam pun naik harga

[Copy link]
Post time 5-2-2023 10:58 AM | Show all posts |Read mode

PENGUNJUNG di Pekan Sehari Jerantut membeli sayur kampung dan ulam-ulaman. FOTO Roselan Ab Malek

Jerantut: "Dulu kebanyakan sayur kampung seperti pucuk paku, maman, rebung, nangka muda dan ulam ulaman hanya RM2 seikat atau sebungkus. Tapi sekarang semua jadi RM3 atau RM5," katanya Khariah Mat Isa ketika membeli-belah di Pekan Sehari Jerantut, di sini.

Suri rumah itu berkata, kenaikan berlaku sejak pertengahan tahun lalu dan kini agar sukar mendapat sayur kampung berharga RM2.

Katanya, selain harga makin mahal, ikatan sayur pun semakin kecil dan tidak seperti dulu.

Tinjauan mendapati sayuran seperti kerdas dan jering ada dijual dengan harga RM5 sepiring manakala terung pipit serta terung asam dijual RM3 sepiring.

Kebanyakan sayur kampung dan ulam-ulaman seperti pucuk ubi, ulam putat, pegaga, selom, ulam raja dan maman dijual dengan harga RM3 seikat.

Pesara, Shamsul Bahari berkata, dia terkejut dengan kenaikan harga sayur kampung berbanding dulu.

"Sejak Julai lalu, banyak barangan naik harga dan bila datang ke sini memang terkejut juga lihat harga sayur kampung meningkat.

"Saya suka ke Pekan Sehari yang diadakan seminggu sekali kerana berminat membeli sayur kampung dan ulam-ulaman.

"Selain itu saya nak menyokong peniaga kecil yang berniaga seminggu sekali dan berharap harga tidak terus naik sehingga membebankan pengguna," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga sayur yang tidak mahu dikenali mendakwa kenaikan itu kerana kesukaran mendapat bekalan.

Katanya, kenaikan itu juga berpunca daripada pekebun yang menjual dengan harga lebih tinggi.

"Saya dapat bekalan daripada orang kampung dan akui memang ada pelanggan merungut kerana harga lebih mahal.

"Menurutnya pembekal dari kampung juga mendakwa agar sukar menyediakan bekalan kerana musim hujan menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air," katanya

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ulam-pun-naik-harga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.091669 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list