CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Kelantan] Tidak dapat ke sekolah akibat terkandas banjir

[Copy link]
Post time 5-2-2023 11:01 AM | Show all posts |Read mode

Shuhadi Putra terpaksa meredah banjir dengan mendayung perahu sejauh 400 meter (m) untuk ke sekolah selepas penempatanya dinaiki air sejak semalam, di Kampung Lanchang, di sini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Rantau Panjang: Pelajar lelaki terpaksa meredah banjir dengan mendayung perahu sejauh 400 meter (m) untuk ke sekolah selepas kampungnya di Kampung Lanchang di sini, dinaiki air.

Namun, pakaiannya basah kerana air memasuki perahu menyebabkan dia kemudian tidak dapat ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, yang jaraknya hampir 15 kilometer (km) dari kampungnya itu.

Shuhadi Putra Mohd Mamaruddin, 13, mengakui agak sedih kerana tidak dapat ke sekolah walaupun sudah berusaha untuk keluar dari penempatan yang dinaiki air separas 0.5 meter (m) sehingga 1.5 m.

"Saya sudah keluar awal dari rumah untuk mendayung perahu ke tempat selamat sebelum akan menunggang motosikal untuk ke sekolah. Tetapi, memandangkan paras air yang agak tinggi serta deras menyebabkan saya sukar mengawal perahu dan membawanya dengan perlahan.

"Selain itu, saya membawa nenek bersama kerana dia mahu keluar mencari makanan. Kami tidak menyangka banjir naik mendadak sebegini, jadi keperluan dapur juga tidak disediakan lebih awal.

"Selepas ini, saya akan menelefon guru untuk memaklumkan situasi sebenar," katanya ketika ditemui di Kampung Lanchang, di sini, hari ini.

Tinjauan ke beberapa penempatan rendah sekitar Rantau Panjang, hari ini, mendapati terdapat kampung yang sudah digenangi air sejak semalam seperti Kampung Tersang dan Kampung Luar selain beberapa jalan tidak boleh dilalui.

Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok, di sini, melepasi paras amaran dengan bacaan 8.85 m setakat 9 pagi ini.

Sementara itu, penduduk Kampung Tersang, di sini, Marlina Abd Rahman, 43, berkata, tiada hujan lebat di kawasan itu tetapi air naik dengan mendadak.

"Keadaan ini mungkin berlaku susulan paras Sungai Lachang yamg memang berada pada paras tinggi yang kemudian ditambah dengan penambahan air dari Sungai Golok akibat hujan lebat di sebelah hulu.

"Saya berharap banjir ini segera reda kerana penat bah pada Disember lalu masih terasa, selain tidak mahu kehilangan harta benda sekali lagi," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-terkandas-banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.035915 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list