CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 449|Reply: 0

[Kelantan] Penduduk bimbang, banjir termenung undang haiwan berbisa

[Copy link]
Post time 7-2-2023 02:48 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN kediaman penduduk yang masih digenangi banjir ketika tinjauan di Kampung Tersang, Rantau Panjang hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Rantau Panjang: Penduduk Kampung Tersang, di sini, berhadapan dengan ancaman haiwan berbisa malah ada yang menjadi mangsa selepas penempatan mereka dilanda banjir termenung sejak Jumaat lalu.

Tinjauan ke penempatan berkenaan, hari ini, mendapati kediaman penduduk masih digenangi air separas 0.5 sehingga satu meter, selain ada antara penduduk yang sudah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh, di sini.

Penduduk, Noriazila Rosli, 34, berkata anak sulungnya, Putri Balqiis Mohd Yusri, 16, antara yang menjadi mangsa haiwan berbisa apabila disengat lipan beberapa hari lalu sehingga terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Kejadian berlaku pada jam 4 pagi, ketika anak saya sedang nyenyak tidur sebelum merasakan ada sesuatu yang merayap di badannya. Dia terkejut dan cuba menepis sebelum lipan terbabit menyengat bahagian lehernya.

"Anak saya menjerit kesakitan sebelum saya dan suami terus membawanya ke bahagian kecemasan di Hospital Pasir Mas (HPM). Saya sedih melihat keadaannya yang kesakitan selain leher bengkak dan kemerahan.

"Alhamdulillah, selepas mendapatkan rawatan keadaannya semakin baik namun anak saya masih lagi trauma, tambahan pula, banjir yang berlaku di kediaman kami dilihat tidak surut," katanya.

Noriazila berkata, tidak cukup dengan pengalaman itu, semalam mereka sekeluarga dikejutkan dengan kehadiran ular yang cuba memakan burung peliharaan.

Menurutnya, anak-anaknya yang lain turut berhadapan ancaman kesihatan apabila mengalami muntah dan cirit-birit dipercayai selepas bermain air banjir yang bertakung dalam tempoh lama.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Saidah Ismail, 67, berkongsi kisah kakinya yang sakit dan membengkak sebaik bangun daripada tidur dan dia mengesyaki ia disebabkan gigitan oleh lipan.

"Saya tidur nyenyak sehingga tidak menyedari kaki digigit haiwan berbisa. Badan saya letih selepas terpaksa mengemas rumah kerana bahagian dapur sudah dinaiki air separas 0.6 meter.

"Sebenarnya sudah beberapa kali saya melihat haiwan seperti lipan, kala jengking dan ular memasuki bahagian dalam rumah selepas penempatan ini sering kali dilanda banjir. Tidak sangka, kali ini saya menjadi mangsa.

"Besar harapan kami banjir segera pulih kerana kami bimbang akan keselamatan diri termasuk ancaman haiwan berbisa ini," katanya.

Kampung Tersang di sini, menjadi antara penempatan terawal dinaiki air dan biasanya berhadapan dengan banjir termenung dalam tempoh masa yang agak lama menyebabkan adanya kehadiran haiwan berbisa selain air yang kotor.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dang-haiwan-berbisa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.089511 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list