CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 988|Reply: 0

Trend ‘terjunan perut’ tular di TikTok

[Copy link]
Post time 8-2-2023 01:11 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai yang terjun dari kawasan tinggi akan mendarat menggunakan perut mereka di atas permukaan air. - Tiktok / martin_32123 & asbjorg_

Trend ‘terjunan perut’ tular di TikTok

OSLO, Norway – Satu trend aktiviti terjunan ekstrem yang tular dalam aplikasi TikTok, berpotensi mendatangkan bahaya kepada orang ramai, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Trend itu menyaksikan orang ramai terjun dari tempat tinggi dan jatuh tertiarap dengan perut mereka memecah permukaan air. Banyak klip video memaparkan penerjun melakukan aksi tersebut yang diberi jolokan ‘terjunan maut’.

Aktiviti ekstrem itu adalah satu bentuk terjunan gaya bebas dari kawasan tinggi dan mendarat dalam posisi badan melengkung.

Seorang wanita muda dari Norway, Asbjorg Nesje memuat naik beberapa video tular dia terjun dari kawasan tinggi.

Berdasarkan rakaman tersebut, Nesje melompat dari pelantar kayu pada ketinggian 24 meter dan melakukan balik kuang sebelum jatuh ke dalam air.

Netizen cuba mengesahkan keselamatan Nesje, namun wanita itu memuat naik satu lagi rakaman dari sudut lain yang menunjukkan dia mendarat dan keluar semula dari air.

Teknik lompatan tersebut berasal dari Norway di mana sukan itu dipanggil dodsing. Ia dicipta pada awal 1970-an sebagai cara untuk lelaki menunjukkan kehebatan di hadapan gadis.

Sukan dodsing dipantau secara rasmi oleh Persekutuan Dodsing yang menetapkan garis panduan dan ranking dunia. Norway menjadi tuan rumah kejohanan dunia pada bulan Ogos setiap tahun sejak 2008.

Nesje malah memenangi kedua-dua kejohanan wanita pada 2021 dan 2022 selepas menyertai sukan itu pada 2020. Dia kini berada dalam ranking ke-33 dunia.

Sukan itu semakin popular sejak beberapa tahun lalu selepas video tular yang memukau penonton, tetapi ia mungkin membawa kepada satu lagi trend TikTok yang berbahaya.

Penerjun yang perut mereka dahulu memasuki air akan mengalami kesan lebam serius bahkan, dan dalam senario lebih teruk berisiko terdedah kepada kecederaan dalaman.

Pakar-pakar sebaliknya menggariskan tiga cara  terjunan selamat iaitu teknik udang (tangan dan kaki didahulukan), penghancur (siku dan lutut didahulukan) dan yang tidak bertangan (kepala dan lutut didahulukan). – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... ut-tular-di-tiktok/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.040280 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list