CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 570|Reply: 0

[Terengganu] 'Syurga ilham' Sakiko

[Copy link]
Post time 9-2-2023 09:06 AM | Show all posts |Read mode

SAKIKO akui peroleh banyak ilham menghasilkan pelbagai lukisan abstrak yang berkualiti sejak berada di Malaysia. FOTO Nazdy Harun

Kuala Terengganu: Demi mendapatkan ilham dalam menyiapkan sesebuah lukisan, seorang wanita warga Jepun, sanggup terbang ribuan kilometer ke pelbagai negara.

Terkini, Sakiko Takama, 31, menetap sementara di Johor Bahru, Johor dan menjadikan Malaysia sebagai sumber ilham buatnya untuk berkarya.

Katanya, Malaysia disifatkannya mempunyai pelbagai keunikan yang boleh diadaptasi di lembaran kanvas sebagai lukisan abstrak.

Sakiko yang berasal dari Tokyo berkata, dia sudah menjelajah ke beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura, namun sebaik menjejakkan kaki di Malaysia, hatinya terus terpaut dengan negara ini.

"Malaysia cukup unik dengan kepelbagaian kebudayaan, tempat yang menarik selain masyarakatnya yang hidup dalam suasana harmoni.

"Di sini saya mendapat ilham untuk menghasilkan pelbagai lukisan abstrak yang berkualiti dan sepanjang empat bulan berada di negara ini, sukar saya membuat keputusan pulang ke Jepun.

"Saya bercadang ingin tinggal lebih lama di Malaysia kerana ia 'syurga ilham' buat saya," katanya di kawasan Jambatan Angkat Kuala Terengganu, di sini.

Menurut Sakiko, karya lukisan yang dihasilkan dijual dengan menggunakan mata wang yen, dolar Amerika Syarikat dan Singapura.

Sakiko juga bercadang untuk menjelajah ke lebih banyak lokasi di Malaysia bagi mendapatkan ilham dalam menghasilkan lukisannya.

Menceritakan pembabitannya dalam bidang lukisan abstrak, Sakiko berkata, sebelum serius dalam bidang lukisan, dia bekerja sebagai pereka dalaman.

"Saya meninggalkan pekerjaan itu dan memilih menjadi pelukis abstrak sepenuh masa sebelum mengambil keputusan keluar dari Jepun dan menjelajah ke beberapa negara.

"Sebelum ini saya singgah ke Singapura, namun persekitaran dan idea tidak mengizinkan untuk saya berkarya. Saya kemudian terus ke Malaysia.

"Saya amat teruja sebaik melangkah ke negara ini, melihat kepada kebudayaan dan kehidupan masyarakatnya tidak kurang dengan persekitaran yang amat menarik," katanya.


SAKIKO memperlihatkan lukisan abstrak yang dilukisnya. FOTO Nazdy Harun

Menurut Sakiko, dia menggunakan muzik instrumental sebagai satu daripada gerak dan langkah ketika dia menyiapkan karyanya.

Katanya, gabungan elemen muzik dan pergerakan diterjemahkan ke atas kanvas sebagai manifestasi sesuatu yang digambarkan.

Sakiko berkata, lukisan abstrak tidak seperti lukisan biasa kerana ia amat subjektif dan bagi yang pandai menilai saja akan dapat menterjemahkan hasil nukilan itu.

"Dalam lukisan ini, ada banyak cerita. Ia menggambarkan pelbagai situasi, emosi dan penceritaan," katanya.

Menurutnya, sepanjang empat tahun berkarya, ribuan lukisan sudah dihasilkan selain banyak yang terjual.

"Saya bercadang membuka sebuah galeri di Malaysia bagi memaparkan hasil lukisan kerana seni abstrak ini amat jarang ditonjolkan di mana-mana.

"Ya memang rumit untuk faham kerana ia tidak menggambarkan sesuatu objek dengan jelas. Contoh, jambatan tidak dilukis dalam bentuk fizikalnya.

"Itu yang membuatkan seni seumpama ini kurang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... syurga-ilham-sakiko

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.037093 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list