CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Kelantan] Polis cedera dirempuh Pati positif dadah

[Copy link]
Post time 11-2-2023 01:35 PM | Show all posts |Read mode

VIDEO tular yang menunjukkan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dilanggar suspek lelaki yang juga PATI dari Thailand dalam SJR di sini, semalam. FOTO ihsan Pembaca

Pasir Mas: Anggota polis cedera selepas dilanggar motosikal ditunggang pendatang asing tanpa izin (Pati) ketika bertugas di Ops Bersepadu Jalan Pasir Mas - Rantau Panjang, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, dalam kejadian 10 pagi itu, suspek lelaki warga Thailand yang menunggang Honda Wave berwarna kelabu secara tiba-tiba membuat pusingan U disyaki untuk melarikan diri dari sekatan jalan raya.

Katanya, mangsa yang juga anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, Nasim Aiman Nor Resat, cuba menghalang suspek, tetapi dia dilanggar menyebabkan lelaki itu cedera pada bahagian betis sebelah kanan.

"Mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan menerima 13 jahitan akibat kecederaan terbabit. Suspek berusia 19 tahun ditahan dan dibawa ke IPD Pasir Mas bagi siasatan lanjut.

"Hasil pemeriksaan ke atas motosikal suspek mendapati rokok dan satu tiub lut sinar yang berisi 10 pil berwarna merah disyaki dadah, Ujian saringan air kencing juga mendapati dia positif methamphetamine.

"Selain itu, suspek juga tidak mempunyai pasport atau dokumen perjalanan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Semalam, tular di media sosial video berdurasi 15 saat, yang menunjukkan suspek lelaki melanggar anggota polis bertugas serta dilihat cuba melarikan diri.

Nik Aminuddin berkata, suspek direman untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah seksyen 332 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

"Suspek turut disiasat di bawah 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu melulu," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pati-positif-dadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040839 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list