CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 447|Reply: 2

[Terengganu] Mungkin ada lagi kanak-kanak jadi mangsa cabul doktor

[Copy link]
Post time 11-2-2023 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Kemaman: Doktor direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan kanak-kanak berusia 12 tahun.

Suspek berusia 30 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman pagi ini dan perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, polis mendapat perintah reman terhadap suspek sehingga Khamis depan.

Menurutnya, tangkapan terhadap pegawai perubatan itu dibuat semalam, jam 1.50 tengah hari.

"Kejadian itu berlaku ketika mangsa menerima rawatan di wad kanak-kanak hospital terbabit akibat diabetes.

"Kanak-kanak perempuan terbabit menceritakan kejadian itu kepada ibunya kira-kira jam 6 petang bahawa suspek yang merawatnya membuka baju dan meraba dada mangsa serta pegawai perubatan terbabit turut merakam gambar mangsa melalui telefon bimbit," katanya.

Rohaimi berkata, sehubungan dengan itu, ibu mangsa kemudiannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman pada jam 9 malam kelmarin untuk membuat laporan.

"Polis telah membuat tangkapan ke atas suspek serta merampas telefon bimbit untuk siasatan lanjut.

"Kita percaya terdapat lagi mangsa lain berdasarkan penemuan awal terhadap beberapa gambar lain di dalam telefon bimbit suspek," katanya.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mengambil rakaman percakapan saksi lain berhubung dengan kejadian itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya.



DOKTOR yang didakwa mencabul seorang kanak-kanak dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman untuk mendapat perintah reman. FOTO Rosli Ilham

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... abul-doktor-metrotv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2023 02:08 PM | Show all posts
orang yang diberi amanah di kianatinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2023 02:08 PM | Show all posts
patut dihukum berat setimpal dengan kesalahannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.044321 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list