CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 0

Manchester United jadi rebutan lima pembida

[Copy link]
Post time 11-2-2023 02:20 PM | Show all posts |Read mode

MANCHESTER United dijangka bertukar pemilik dalam masa terdekat, namun siap bakal memiliki mereka masih menimbulkan tanda tanya.

    Oleh Meja Sukan
    11 Februari 2023, 9:11 am

LONDON: Lima pembida bakal bersaing untuk membeli Manchester United, dengan salah seorangnya pelabur dari Qatar seperti yang dilaporkan awal minggu ini.

Mereka mungkin menghadapi tentangan daripada empat pesaing, menjelang ‘tarikh akhir’, Jumaat depan untuk membentangkan tawaran, walaupun beberapa bidaan telah dibuat.

Jumlah pembida dijangka berkurangan kerana mungkin ada yang bergabung membentuk konsortium, seperti dalam penjualan Chelsea.

Selain Qatar, United turut menerima minat dari Amerika Syarikat (AS) dan orang terkaya Britain yang juga peminat ­United seumur hidup, Sir Jim Ratcliffe.

Peringkat pertama proses akan berakhir tidak lama lagi dan mereka yang menandatangani perjanjian kerahsiaan diberi akses kepada ‘bilik data’ iaitu segala perincian kewa­ngan kelab.

Beberapa pihak dari Arab Saudi juga diberi akses, namun sama ada mereka akan membuat tawaran rasmi atau tidak, masih tidak jelas.

Keluarga Glazer, pemilik United sekarang dilaporkan mahu 6 bilion pound (RM31 bi­lion) untuk menjual kelab itu, walaupun tidak mengumumkan harga spesifik, namun mereka terbuka kepada dua bentuk pelaburan berasingan.

Yang pertama dalam bentuk suntikan tunai dan kedua perkongsian komersial, di ma­na kepakaran dalam bidang seperti media serta runcit juga akan disediakan.

Mereka (Glazer dan pembida) bagaimanapun perlu ber­sedia dengan tindak balas negatif penyokong United jika ada perkara selain pengambilalihan yang telah dipersetujui berlaku. – AGENSI

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... butan-lima-pembida/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 117733 Replies : 5083
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 21354 Replies : 41
TBS dah clear, tak ada warga asing tidur macam rumah sendiri
RalineTBS dah clear, tak ada warga asing tidur
Views : 36870 Replies : 21
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 199325 Replies : 7359
Suspek tahan kereta, paksa pemandu bawa keluar dari mall- Cleaner lelaki ditembak di kaki
RalineSuspek tahan kereta, paksa pemandu bawa
Views : 19255 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 143925 Replies : 1529
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 37481 Replies : 34
Layan macam princess- Cik Epal hadiahkan selipar Hermes pada Ammar
RalineLayan macam princess- Cik Epal hadiahkan
Views : 30910 Replies : 67
Beli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk macam penghantar makanan
RalineBeli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk
Views : 36944 Replies : 17
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 36693 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.042517 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list