CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

[Kelantan] Tanaman musnah angkara gajah liar

[Copy link]
Post time 12-2-2023 12:25 PM | Show all posts |Read mode

Mohamed Noor (dua kiri) menunjukan tanaman yang dimusnahkan gajah liar di kebunnya di RPT Kesedar Sungai Terah, di sini. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya

GUA MUSANG: Kira-kira 300 pekebun kecil Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Terah, di sini,

berputih mata apabila mengalami kerugian ribuan ringgit selepas tanaman diusahakan musnah diserang sekumpulan gajah liar sejak Khamis lalu.

Pekebun mendakwa, terdapat tiga gajah yang berkeliaran merosakkan tanaman mereka berdasarkan kesan tapak kaki dijumpai.

Pemilik kebun, Mohamed Noor Awang Hamat, 70, mendakwa 200 pokok tanaman yang terdiri daripada pokok pisang dan ubi kayu itu sudah membuahkan hasil musnah kerana gajah liar terbabit.



Katanya, dalam kejadian terbaharu yang berlaku malam kelmarin, empat guni garam yang dijadikan baja pokok turut dirosakkan gajah liar terbabit.

"Saya sudah mengusahakan kebun ini sejak tiga tahun lalu dan semua pokok yang dirosakkan gajah liar terbabit sudah boleh dijual kepada pembeli.

"Dianggarkan sebanyak 200 pokok terdiri daripada pokok pisang dan ubi kayu musnah dan kerugian yang saya dihadapi kira-kira RM5,000 hanya dalam satu malam," katanya ketika ditemui di kebunnya, di sini.

Bagi Wan Ab Talib Wan Jusoh, 69, kejadian yang berlaku bermula pada Khamis malam itu menyebabkan penduduk mengalami kerugian kerana pokok yang ditanam sudah membuahkan hasil.

"Di sini terdapat kira-kira 300 pekebun yang menanam pokok pisang dan ubi kayu serta sawit yang menjadi punca pendapatan bagi menyara keluarga.

"Apabila berlaku kejadian seperti ini, kami berasa agak sedih melihat tanaman yang sudah membuahkan hasil rosak kerana gangguan gajah liar.

"Tambahan pula menjual hasil tanaman seperti pisang dan ubi kayu ini adalah sumber pendapatan kami. Harapan untuk menjual hasil tanaman tidak kesampaian apabila berlaku kejadian seperti ini," katanya.

Bagi Mohamad Hanifa Mohd Zain, 31, pula berkata pekebun sudah membuat laporan kepada pihak Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan pihak berkenaan sudah datang untuk membuat pemantauan.
https://www.bharian.com.my/berit ... -angkara-gajah-liar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.050647 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list