CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 551|Reply: 0

[Kelantan] Bot penambang 'nadi' pengangkutan penduduk dari 14 pulau

[Copy link]
Post time 13-2-2023 10:24 AM | Show all posts |Read mode

Pemandu Bot, Jusoh Yakob, menunggu penduduk yang mahu menggunakan perkhidmatan bot penambangnya di Jeti Kuala Besar. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Bot penambang menjadi pengangkutan utama bagi penduduk di 14 pulau di Tumpat untuk keluar, sama ada ke bandar Tumpat atau ke Kota Bharu.

Lebih 20 bot yang menyediakan perkhidmatan bot penambang di Jeti Kuala Besar di sini, untuk mengangkut ratusan penduduk setiap hari termasuk dari Pulau Suri, Pulau 100, Pulau Beluru, Teluk Renjuna, Pantai Baru, Pulau Tokang dan Pulau Haji Nik Mat.

Penduduk Pulau Suri, Norlaila Husin, 47, berkata, dia menggunakan bot penambang sejak lebih 20 tahun lalu selepas berkahwin dengan penduduk di kepulauan itu.

Norlaila yang berasal dari Besut, Terengganu mengakui amat mudah untuk mendapatkan perkhidmatan bot penambang memandangkan lebih 20 bot yang disediakan.



Katanya, hampir setiap hari dia menggunakan bot untuk keluar ke Kota Bharu bagi mendapatkan bekalan keperluan harian dan juga menghantar kuih kapit yang diusahakan kepada peniaga di bandar ini dan juga Besut.

"Tambang yang dikenakan juga amat murah hanya RM2 saja sebelum saya menggunakan kereta sendiri atau kereta sewa untuk pergi ke Kota Bharu," katanya ketika ditemui di Jeti Kuala Besar.



Sebahagian penduduk menggunakan Jeti Kuala Besar untuk menaiki perkhidmatan bot penambang sebagai pengangkutan utama mereka yang menghubungkan ke tanah besar sama ada Tumpat atau Kota Bharu. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Peniaga, Shahrul Mamat, 25, dari Kampung Pulau Haji Nik Mat, berkata sejak kecil dia menggunakan bot penambang yang menjadi pengangkutan utama.

Katanya, penduduk di pulau itu bersyukur kerana amat mudah untuk mendapatkan bot sekali gus memudahkan urusan penduduk untuk melakukan aktiviti seharian terutama untuk keluar ke bandar.

"Saya keluar ke Kota Bharu untuk membeli barang perniagaan dan juga melakukan urusan seperti pergi bank dan sebagainya.

"Alhamdulillah, saya selesa menggunakan bot penambang kerana kebanyakan pemandunya adalah orang yang berpengalaman dan sentiasa bersedia untuk membawa kami," katanya.

Sementara itu, Anuar Udin, 37, berkata, dengan menjadi pemandu bot dia mencari rezeki untuk menyara kehidupannya sejak hampir 20 tahun yang lalu.

"Alhamdulillah, rezeki sebagai pemandu bot ini boleh menampung kehidupan seharian kerana lebih 50 penumpang dari kepulauan akan menggunakan perkhidmatan bot saya.

"Pada hari minggu penumpang akan bertambah sekali atau dua kali ganda kerana mereka mahu pergi ke pasar terapung Pulau Suri yang diadakan pada Jumaat dan Sabtu," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... duduk-dari-14-pulau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.184643 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list