View: 426|Reply: 0
|
[Kelantan]
Alhamdulillah, masih ada yang prihatin
[Copy link]
|
|
HAZANA tabah menjaga ibunya, Kamariah dan adiknya Siti Zulaiha. FOTO Arkib nSTP
Kota Bharu: "Sejak kisah saya menjaga adik dan ibu mendapat liputan (Harian Metro), kami tidak putus menerima sumbangan serta kunjungan orang ramai termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin menghulurkan pelbagai sumbangan dan bantuan.
"Alhamdulillah, dalam tempoh yang singkat, ramai dermawan tampil menghulurkan sumbangan dan hanya Allah SWT mampu membalas jasa mereka," kata Hazana Abd Hamid, 45.
Hazana menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebannya menjaga ibu Kamariah Daud, 88, dan adiknya Siti Zulaiha Abd Hamid, 30.
Dia berkata, sumbangan itu akan digunakan untuk membeli keperluan ibunya yang terlantar sejak 10 tahun lalu akibat kemalangan serta adiknya, penghidap cerebral palsy (CP) dan juga orang kurang upaya (OKU).
"Sumbangan itu boleh digunakan untuk menampung keperluan adik dan juga mek (panggilan untuk ibu) kerana setiap bulan perlu membelanjakan hampir RM1,000 untuk membeli lampin pakai buang mek serta adik.
"Pada masa sama, mek juga hanya bergantung kepada susu formula khas yang berharga RM95 setin dan mampu bertahan untuk tempoh tiga hari sahaja yang diberikan empat kali sehari melalui saluran tiub yang dipasang di hidungnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut Hazana, dia akan gunakan sumbangan yang diberikan itu sebagai amanah untuk menjaga ibu dan adiknya sebaik yang mungkin.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, Hazana yang berasal dari Kampung Beris Jambu, Panji di sini, sanggup mengetepikan hasrat berumahtangga dan mempunyai cahaya mata semata-mata mahu memastikan ibu serta adik perempuannya itu mendapat penjagaan rapi.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank bernombor 162272012590 atas nama Hazana Abd Hamid atau boleh menghubunginya di talian 019-6997244.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-ada-yang-prihatin |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|