CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 521|Reply: 0

[Terengganu] Perabot kalis bah Pok Lie

[Copy link]
Post time 14-2-2023 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: "Sebelum ini saya hanya buat bingkai pintu dan tingkap aluminium namun sejak setahun kebelakangan ini ramai pelanggan datang menempah almari aluminium pula."

Begitu kata Sazali Ahmad, 56, dari Kampung Paloh, dekat sini, yang menganggap kemahiran itu sebagai sumber rezeki apabila ramai individu mencari alternatif mengelak kelengkapan rumah seperti perabot mengalami kerosakan akibat sering dilanda banjir.

Sazali berkata, segalanya bermula apabila seorang individu datang dan meminta membuat almari aluminium berikutan rumah pelanggan itu sering dilanda banjir.

"Saya tidak menolak permintaannya, namun meminta masa disebabkan hanya mampu menyiapkan sebuah almari aluminium pada ketika itu.

"Bermula dari situ, ramai pelanggan membuat tempahan terutama rumah yang sering dinaiki air selepas melihat dan mengetahui saya buat perabot aluminium," katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Pok Lie.

Menurutnya yang berpengalaman selama 25 tahun dalam kerja membuat bingkai pintu dan tingkap aluminium, dia membuat almari bergantung kepada saiz dengan harga bermula dari RM800 hingga RM2,800 seunit.



SAZALI berpengalaman selama 25 tahun membuat bingkai pintu dan tingkap aluminium. FOTO Nazdy Harun

Katanya, dia perlu membahagikan masa menyiapkan tempahan almari kerana tuntutan kerja asas iaitu membuat bingkai pintu dan tingkap.

"Biasanya saya ambil masa sehingga dua minggu untuk menyiapkan seunit almari aluminium kerana ia perlu dibina dengan teliti bagi menjamin ketahanannya.

"Rangka perabot menggunakan aluminium dalam bentuk batang, manakala dinding dan lantai perabot menggunakan ACP (Aluminum Composite Panel) yang digunakan untuk membuat sengkuap.

"Almari aluminium lebih ringan, tahan lasak dan tidak mudah rosak apabila ditenggelami banjir berbanding perabot kayu yang relai apabila ditenggelami air," katanya.

Katanya, almari aluminium pilihan tepat untuk kegunaan di rumah yang sering dilanda banjir kerana mudah dicuci, tidak berkarat dan tidak mudah rosak selain ringan.

"Saya bersyukur kerana tempahan almari aluminium ini diibaratkan seperti rezeki yang tidak pernah salah alamat," katanya.



SAZALI membuat rangka perabot menggunakan aluminium. FOTO Nazdy Harun

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bah-pok-lie-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.036306 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list