CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

[Pahang] Pesara, peneroka rugi RM59,970 ditipu Macau Scam

[Copy link]
Post time 15-2-2023 03:17 PM | Show all posts |Read mode
KUANTAN: Dua lelaki masing-masing pesara dan peneroka kerugian RM59,970 akibat terpedaya dengan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mangsa masing-masing berusia 60 dan 74 tahun itu menerima mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon pada 9 Februari lalu.

Katanya, kes pertama membabitkan pesara jurutera menerima SMS yang memaklumkan kad kredit digunakan untuk pembayaran E-Tomei sebanyak RM2,850.

"Mangsa kemudiannya menghubungi suspek berdasarkan nombor telefon yang diberikan untuk pengesahan dan talian kononnya disambungkan ke Bank Negara Malaysia.



"Suspek meminta mangsa menyerahkan maklumat perbankan iaitu nombor akaun bank, kad mesin juruwang automatik (ATM) dan kod pengesahan transaksi (TAC) miliknya.

"Selepas tiga hari, mangsa menyedari wang dalam akaun berkurangan RM29,970," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata, mangsa kedua yang juga peneroka menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

Katanya, menerusi perbualan, suspek memaklumkan mangsa tidak membayar cukai pendapatan dan terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.

"Mangsa berasa takut dan mengikut arahan suspek sehingga memindahkan sejumlah RM30,000 ke akaun bank suspek bagi tujuan penyelesaian kes.

"Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan yang berkaitan.

Katanya, langkah itu untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... 0-ditipu-macau-scam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.037358 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list