CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 439|Reply: 1

[Johor] Harga sayur kekal tak turun

[Copy link]
Post time 21-2-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode

SEKITAR tinjauan mendapati kebanyakan harga sayur masih mahal di sebuah pasar basah di Pandan, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Johor Bahru: Harga sayuran masih kekal tinggi di pasaran walaupun jangkaan harganya akan mulai turun minggu ini.

Tinjauan di pasar basah sekitar Pandan dan Tampoi mendapati harga sayuran berdaun, kacang panjang dan buncis selain timun masih berada pada paras tinggi.

Peniaga sayur, Wan Aizat Ahmad, 27, berkata bekalan sayur masih belum pulih sepenuhnya walaupun terdapat peningkatan bekalan berbanding pada musim hujan lebat dan banjir, dua bulan lalu.

Katanya, harga sayuran yang diterima daripada pembekal juga masih tinggi menyebabkan peniaga tidak dapat menurunkan harga bahan mentah berkenaan ketika ini.

"Bekalan sayuran ketika ini sudah meningkat sedikit berbanding dua bulan lalu namun masih belum pulih sepenuhnya, malah harga sayuran kekal tinggi ketika ini.

"Harga sayuran berdaun terutama kangkung, bayam dan sawi kini RM7 sekilogram (kg) berbanding hanya RM3.50 hingga RM4 setiap kg sebelum ini.

"Kacang panjang pula kini RM10 setiap kg berbanding hanya RM7 setiap kg pada November tahun lalu. Namun harga kacang panjang pernah mencecah sehingga RM20 setiap kg bulan lalu berikutan kekurangan bekalan.

"Timun pula kini RM6 setiap kg berbanding RM4.50 sebelum ini. Peniaga masih terima sayur pada harga tinggi ketika ini, jika pembekal bekalkan sayur pada harga rendah sudah pasti kami akan turut jual lebih murah," katanya ketika ditemui, hari ini.

Harga sayuran yang sebelum ini melonjak naik susulan musim hujan dan banjir yang melanda negara, dijangka dilaporkan akan turun sehingga 40 peratus, mulai minggu ini.

Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee, dilaporkan berkata ia susulan cuaca baik sejak minggu lalu.

Katanya, cuaca cerah menyebabkan pengeluaran hasil sayuran kembali meningkat dengan jangkaan bekalan sayuran kembali stabil mulai minggu hadapan.

Dalam pada itu, pengguna, Azhar Mat Noryin, 52, berkata beliau mengehadkan pembelian sayuran ketika ini berikutan harganya yang tinggi.

"Terasa juga harga sayuran mahal kerana jika bawa keluarga makan di luar, harga menu sayuran ketika ini agak mahal berbanding biasa.

"Untuk berjimat, saya membeli sayuran dalam kuantiti sedikit dan memilih sayuran yang tidak terlalu mahal untuk dijadikam hidangan keluarga," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yur-kekal-tak-turun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 04:23 PM | Show all posts
kangkung pun sampai RM7 sekilo? baik petik je kat dalam parit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.051796 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list