CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Mengaku Imam Mahdi, Habib Shah Firdaus didenda RM4,500

[Copy link]
Post time 21-2-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode

HABIB Shah Firdaus (baju putih) selepas selesai prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, hari ini. FOTO Mohd Amin Jalil.

Seremban: Pengusaha tempe didenda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina agama Islam dengan cara mengaku sebagai Imam Mahdi, tahun lalu.

Hakim Kamal Bashah Ahmad Tajuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap pemimpin Tarekat Al-Naqsyabandiyyah Al-Khalidiyyah, Habib Shah Firdaus Habib Ahmad, 60, selepas mengambil kira hujahan mitigasi dan pemberatan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Beliau turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda terbabit, namun tertuduh menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Habib Shah Firdaus disifatkan menghina agama Islam dengan cara membuat pengakuan sebagai Imam Mahdi sedangkan pengakuan tersebut adalah palsu.

Kesalahan itu dilakukan antara Januari hingga Mac 2022, di Markas Tarekat al-Naqsyabandiyyah Al-Khalidiyyah, Jalan Labu Batu 8, Kampung Jawa dekat sini.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 50 (i) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Rohaizad Redzuan.

Peguambela tertuduh, Ahmad Shaher Mohd Fuad, memohon anak guamnya supaya hanya dikenakan hukuman denda dan tiada hukuman penjara kerana dia sudah berusia selain perlu menanggung isteri yang tidak bekerja serta dua orang anak.

Katanya, anak pertama tertuduh sedang menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala seorang lagi adalah orang kurang upaya (OKU).

"Selain itu, tertuduh juga turut mempunyai masalah kesihatan iaitu darah tinggi dan strok.

"Berdasarkan pengakuannya, tertuduh sudah bertaubat dan mengaku menyesal atas perbuatan dilakukannya.

"Antara tanda-tanda yang menunjukkan dia telah bertaubat apabila markas tarekatnya di Labu telah pun dijual dan dari tarikh tangkapan sehingga kini,

tiada kelas pengajaran dibuat kepada orang ramai dan pengikutnya," katanya.

Pada prosiding itu, Rohaizad berkata, umur tidak memainkan peranan penting dalam menentukan jenis kesalahan dilakukan kerana apa yang dilakukan adalah kesalahan serius.

Beliau berkata, tertuduh juga adalah pengamal tarekat yang diberi amanah oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan untuk menjalankan aktiviti tarekat yang tidak keluar daripada al-Quran dan Sunnah.

"Perbuatan menghina agama ada perkaitan dengan ajaran sesat yang menjurus kepada perbuatan jenayah akidah dan perlu dipandang serius," katanya.

Terdahulu, media melaporkan pemimpin tarekat berkenaan ditahan pihak berkuasa pada Disember tahun lalu di rumah sewanya di Kampung Desa Mukmin Warisan, Gombak, Selangor.

Dia dilaporkan menghilangkan diri selama lebih empat bulan selepas pulang dari Makkah pada 17 Ogos lalu.

Bersama 237 pengikutnya, dia berlepas ke Madinah pada 16 Mac lalu untuk menunaikan umrah sekali gus menetap di Makkah dan kononnya Imam Mahdi akan muncul pada Hari Arafah.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... daus-didenda-rm4500

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.036886 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list