CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 0

[Johor] Penuntut IPT beli ganja dari Thailand

[Copy link]
Post time 23-2-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode

SAZALI (tengah) menunjukkan gambar barangan yang disita ketika sidang media di Kompleks Penguatkuasaan JKDM Sungai Pulai. FOTO Izz Laily Hussein

Iskandar Puteri: Seorang penuntut institut pengajian tinggi (IPT) disiasat selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesan satu bungkusan kotak disyaki mengandungi dadah yang dihantar dari Thailand ke sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia dekat Pasir Gudang, dua minggu lalu.

Unit Narkotik JKDM Johor terdahulu menyita bungkusan kotak selepas menerima maklumat dari Unit Mel dan Kurier JKDM di Pasir Gudang, jam 12.15 tengah hari, 9 Februari lalu.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, pemeriksaan rapi ke atas bungkusan kotak itu mendapati ia mengandungi tumbuhan kering mampat yang dibalut dengan plastik lut sinar disyaki ganja seberat satu kilogram (kg).

"Siasatan awal mendapati ganja terbabit dibawa masuk ke Malaysia melalui perkhidmatan syarikat penghantaran dari Thailand yang mana pengirim membuat ikrar palsu sebagai laci plastik," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Penguatkuasaan JKDM Sungai Pulai, Gelang Patah di sini, hari ini.

Beliau berkata, anggaran keseluruhan nilai dadah yang dirampas adalah RM2,502.50.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing suspek lelaki berusia 21 tahun itu mendapati dia positif ganja.

"Kita tidak menolak kemungkinan ganja ini adalah untuk kegunaannya sendiri, tetapi kita juga sedang menyiasat sama ada dadah ini turut akan diedarkan bagi pasaran tempatan," katanya.

Menurutnya, pihaknya juga sedang mengesan abang kepada suspek yang juga penuntut IPT berusia 24 tahun bagi membantu siasatan.

Sazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Pada masa sama, Sazali berkata, tren pembelian bahan terlarang seperti dadah menggunakan kaedah penghantaran dilihat meningkat.

"Kaedah seumpama ini mungkin dilihat mudah untuk mengaburi pihak berkuasa kerana sesiapa saja mempunyai akses membuat jual beli menerusi dalam talian termasuk perniagaan dadah ini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ganja-dari-thailand

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.036072 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list