View: 378|Reply: 1
|
[Negeri Sembilan]
Remaja 15 tahun dituduh rogol adik hingga lahirkan anak
[Copy link]
|
|
JELEBU: Remaja didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap dua pertuduhan merogol adik kandungnya, tahun lalu sehingga melahirkan anak.
Remaja berusia 15 tahun itu didakwa merogol mangsa pada Jun dan September 2022 mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh, 15, didakwa melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya, 14, yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang atau hukum agama pada 11 malam hingga 12 tengah malam, di antara 21 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan denga mangsa sama yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang atau hukum agama dengan mangsa sama antara 11 malam hingga 12 tengah malam di antara 1 September 2022 hingga 10 September 2022.
Berdasarkan fakta kes, adiknya melahirkan bayi lelaki cukup sifat, 16 Februari lalu dengan dibantu ibunya.
Tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan selepas dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai.
Tertuduh juga dikehendaki tinggal berasingan dan dilarang menghubungi atau mendekati mangsa.
Mahkamah menetapkan 22 Mac ini bagi sebutan semula kes.
Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Nizam Rafii manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Remaja berusia 15 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu kerana didakwa merogol adik kandungnya sehingga melahirkan anak. - Foto NSTP/Abnor Hamizam Abd Manap
https://www.bharian.com.my/berit ... ingga-lahirkan-anak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
stress baca berita macam ni... tgk budak tu pun masih budak... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|