View: 324|Reply: 0
|
[Johor]
Beri alasan keluar ambil wang sebelum tinggalkan bayi
[Copy link]
|
|
JKM mengesan ibu kandung atau waris seorang bayi lelaki. FOTO ihsan JKM
Johor Bahru: Seorang ibu memberi alasan mahu keluar mengambil wang bagi menjelaskan bil pusat bersalin sebelum meninggalkan bayi berusia tiga hari di sebuah pusat bersalin di Kluang.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang Mohd Shazuwan Husnan Che Hamid berkata, bayi berkenaan dilahirkan pada 10 Januari lalu dan ibu kandungnya dikenali sebagai Nurul Asyiqin berusia 31 tahun.
Beliau berkata, pada 12 Januari lalu, wanita berkenaan memaklumkan pengurusan pusat bersalin berkenaan mahu keluar mengambil duit bagi menjelaskan kos perubatan.
"Wanita itu keluar pada 4.39 petang dan pihak klinik memberi tempoh masa kepada wanita bagi menuntut bayinya sebelum 3 petang pada 13 Januari.
"Malangnya wanita berkenaan menghilangkan diri dan gagal dihubungi pihak klinik," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mohd Shazuwan berkata, semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Kluang dilakukan bagi mengesan waris wanita berkenaan, namun gagal.
Katanya, usaha menjejaki ibu kandung bayi itu masih dijalankan dan bayi berkenaan ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Johor Bahru untuk penempatan sementara mengikut Subseksyen 19 (2) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Bayi berkenaan berusia sebulan 17 hari dan dinamakan sebagai Muhammad Faiz Fayyad.
"Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan waris mahupun ibu bayi berkenaan diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Siti Zuraidah Juli di talian 07- 7722434," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lum-tinggalkan-bayi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|