CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

[Pahang] Laluan ke Perwira Jaya, Selancar ditutup akibat tanah runtuh

[Copy link]
Post time 1-3-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan jalan masuk ke Perwira Jaya dan Selancar, Rompin runtuh akibat banjir. FOTO Facebook Polis Rompin

Kuantan: Laluan masuk ke Perwira Jaya dan Selancar di Rompin ditutup kepada semua kenderaan berikutan jalan terbabit runtuh akibat arus deras susulan hujan lebat, hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Rompin dalam kenyataan memaklumkan penutupan jalan itu bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya, lokasi kejadian jalan runtuh itu berhampiran pondok polis bantuan.

"Tiada jalan alternatif dan pengguna dinasihati mematuhi arahan papan tanda yang disediakan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi JKR Daerah Rompin di talian 09-4145040," katanya.

Menerusi hantaran Facebook Polis Rompin, Jalan Selancar Tiga menuju ke Felda Redong, Rompin ditutup untuk semua kenderaan kerana dinaiki air kira-kira satu meter.

Sementara itu, bacaan dua sungai di Rompin iaitu Sungai Pukin dan Sungai Keratong di Jambatan Bahau, Keratong melepasi paras bahaya setakat 11.15 pagi hari ini.

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Pukin merekodkan bacaan 46.63 meter (m), manakala Sungai Keratong pula mencatat 23.26m.

Tiga sungai pula merekodkan bacaan air sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Keratong di Jambatan Bahau, Keratong di Rompin; Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub dan Sungai Belat di Seri Damai, Kuantan.

Bacaan dua sungai yang melepasi paras waspada iaitu di Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis dan Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... akibat-tanah-runtuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.489106 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list