CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Sungai Muar di NS pada paras amaran

[Copy link]
Post time 1-3-2023 12:48 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA APM memantau sungai di Kuala Pilah susulan hujan berterusan sejak semalam. FOTO ihsan APM

Seremban: Susulan hujan berterusan sejak pagi semalam di negeri ini, bacaan air di Sungai Muar dekat Pekan Rompin, di Jempol dan Kampung Berembang, Kuala Pilah kini berada pada paras amaran.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata, bagaimanapun, sehingga 11 pagi tadi, tiada kejadian banjir dilaporkan di negeri ini.

"Bacaan air Sungai Muar di stesen Pekan Rompin adalah 32.47 meter manakala di Kampung Berembang pada 62.70 meter. Kedua-duanya pada paras amaran.

"Manakala tiga stesen menunjukkan paras waspada iaitu Kampung Datuk Johan dan Kampung Datuk Johan di Jempol (Sungai Serting) serta Sungai Gemas di Kampung Tiong, Tampin," katanya, ketika dihubungi.

Justeru beliau berkata, dia mengarahkan anggota dan pegawai berada dalam keadaan bersiap sedia dengan aset yang ada bagi menghadapi kemungkinan banjir seperti yang berlaku di Johor.

"Malah kini ada yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jadi ibu bapa dan pelajar diminta berwaspada," katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat akan berterusan sehingga 2 Mac di Negeri Sembilan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-pada-paras-amaran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.045566 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list