CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Mati ditikam peniaga foodtruck kerana minta makanan

[Copy link]
Post time 2-3-2023 12:42 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Lelaki dipercayai kurang siuman mati ditikam peniaga makanan di pekan Lukut, di sini malam tadi.

Saksi yang enggan dikenali berkata, mangsa dipercayai kurang siuman dan selalu merayau di sekitar pekan Lukut.

"Dia memang selalu minta makanan kepada peniaga di kawasan ini tetapi kali ini dia bernasib malang kerana ditikam dengan menggunakan barang tajam oleh peniaga 'foodtruck'.

"Saya dimaklumkan, peniaga itu datang daripada Segamat dan dia lari dengan Proton Wira berwarna putih sebaik menikam lelaki itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian berlaku pada jam 7.35 malam di hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut, Port Dickson.

"Polis menerima maklumat seorang lelaki ditikam dengan menggunakan objek tajam di kawasan Medan Selera Cina di pekan Lukut.

"Polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring di kawasan parkir dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah," katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Katanya, selepas diperiksa Pegawai Perubatan yang tiba pada jam 7.55 malam, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

"Mangsa berusia 38 tahun dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dan bedah siasat," katanya.

Muhamad Mustafah berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis giat mengesan suspek.

"Siasatan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Polis memohon kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6472222," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... erana-minta-makanan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.034336 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list