CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 414|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dituduh menipu pakej umrah dan haji

[Copy link]
Post time 2-3-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

Kuala Pilah: Wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dakwaan menipu pakej umrah dan haji.

Tertuduh, Nur Zaidani Akmal Abd Majid, 39, yang berdepan tiga pertuduhan bagaimanapun tidak mengaku salah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menipu warga emas berusia 61 tahun antara 27 Disember 2022 hingga 27 Januari 2023 bertempat di sebuah pondok agama di Kuala Talang, Tanjung Ipoh dan mendorong warga emas itu memindahkan RM14,000 ke dalam akaun tertuduh.

Ia berikutan warga emas itu mempercayai tertuduh menawarkan pakej umrah dan haji bagi tahun 2023 yang mana wang berkenaan tidak akan diserahkan sekiranya warga emas berkenaan tidak diperdayakan.

Justeru itu tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada 27 Disember 2022 hingga 12 Januari 2023 didapati menawarkan pakej umrah tanpa memegang lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di pondok agama yang sama di Kuala Talang, Tanjung Ipoh.

Justeru tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Industri Pelancongan 1992 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(3) akta yang sama.

Sementara itu bagi pertuduhan ketiga, tertuduh bertempat di pondok agama sama, pada 24 Januari hingga 27 Januari didapati menawarkan pakej haji tanpa memegang lesen pengelola jemaah haji yang dikeluarkan oleh Tabung Haji.

Oleh yang demikian tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27(1)(a) Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 27(2) akta yang sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM11,500 dengan tiga penjamin dan menetapkan 3 April depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Peh Fong Xi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... akej-umrah-dan-haji

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.035334 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list