CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Johor] Petani putih mata tanaman sayur, ternakan ikan musnah akibat banjir

[Copy link]
Post time 2-3-2023 04:04 PM | Show all posts |Read mode

NORIZAL di Kahang, Kluang Johor kerugian kira-kira RM30,000 selepas tanaman dan ternakan 2,000 ekor ikan talapianya mati akibat banjir, semalam. FOTO Mohamad Fahd Rahmat

Kluang: Seorang pekebun sayur di Kahang kerugian kira-kira RM30,000 selepas tanaman dan ternakan 2,000 ikan talapia mati akibat banjir, semalam.

Norizal Juhurak, 42, berkata ini adalah kali kedua kebun seluas 1.6 hektar mengalami musibah selepas musnah diserang gajah pada dua minggu lalu.

Norizal berkata, kebun yang diusahakan sejak dua tahun lalu menggunakan pinjaman daripada saudara mara sebanyak RM10,000 selepas dia diberhentikan kerja kilang semasa pandemik Covid-19.

"Tanaman sayuran seperti 1,500 pokok terung, limau kasturi dan sawi yang sepatutnya dituai hasil busuk ditenggelami air sedalam dua meter.

"Hasil jualan tanaman kebun ini boleh menjana pendapatan sebanyak RM5,000 manakala jika 2,000 ikan talapia berusia lapan bulan dituai, ia boleh menjana hasil sebanyak RM15,000

"Saya terpaksa berputih mata melihat ikan diternak dalam dua kolam ini terlepas. Kalau nak dipulihkan semula, saya memerlukan modal yang sama bagi membersihkan termasuk meracun semula kawasan kebun ini kerana bawaan banjir terdapat kuman dan bakteria tanaman," katanya.

Katanya, dia terpaksa memohon bantuan pihak berkaitan supaya dia dapat meneruskan hidup mencari nafkah bagi menyara keluarganya.

Katanya, dia memerlukan modal untuk menampung kos membaiki sistem perpaipan, membajak tanah dan membeli benih sayuran yang baru.

"Saya jangkakan proses ini memakan masa hingga tiga bulan lamanya dan saya memerlukan pendapatan untuk menyara keluarga," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... usnah-akibat-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.034443 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list