View: 1649|Reply: 3
|
Alicia Amin sahkan penceraian
[Copy link]
|
|
Alicia Amin sahkan penceraian
Alicia dan suami
Kuala Lumpur: Pelakon Alicia Amin, 28, mengesahkan sudah bercerai secara baik tanpa menjelaskan secara terperinci punca perceraian dengan Farzan Iqbal, 29, semalam.
Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin reda dengan ketentuan itu dan memaklumkan dia berada dalam keadaan baik.
"Saya baik-baik saja. Kami masih berkawan baik. Tak ada drama," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, pelakon filem The Disappearance of Irdina Adhwa itu mencetuskan spekulasi ramai sama ada dia sudah bercerai dengan suaminya Farzan menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam video terbabit, Alicia memakai jubah dan tudung berwarna hitam. Sambil dipayungi seorang lelaki, dia kelihatan beredar dari sebuah bangunan seakan-akan mahkamah.
Alicia dan Farzan bernikah pada 14 Februari 2021 dalam majlis yang berlangsung ringkas. Pasangan terbabit tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... n-sahkan-penceraian
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh nooo. suka tgk diorang husband & wife, sempoi je. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok masing2 macam open je..pon boleh cerai gak? |
|
|
|
|
|
|
|
I rasa theyols ni divorce pun on good terms. Takde pun burukkan sape2. Dah tak boleh nak committed to each other, nak buat macam mana lagi kan. Sekian ulasan I. |
|
|
|
|
|
|
| |
|