View: 407|Reply: 0
|
[Johor]
Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau ditutup
[Copy link]
|
|
Berlaku retakan di Jalan Sungai Tiram - Ulu Tebrau yabg ditutup kepada semua jenis kenderaan. FOTO IHSAN JKR
Kulai: Jalan negeri Sungai Tiram - Ulu Tebrau (J08) ditutup sekali lagi akibat berlaku runtuhan dan retakan pada stuktur permukaan jalan terbabit, petang tadi.
Ketua Polis daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, jalan terbabit ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan.
Katanya penutupan kali ini dijangka akan mengambil tempoh masa yang lama.
"Jalan Ulu Tiram- Tebrau sehingga ke Seksyen 10 (Simpang masuk ke SWM- Seelong Environment Centre) ditutup akibat tebing jalan runtuh, penutupan dijangka untuk tempoh masa yang lama.
"Selain itu terdapat juga kejadian tebing runtuh di Jalan Impiana 20, Taman Impiana, Kelapa Sawit berhadapan Jalan Orkid 3. Tiada kemalangan jiwa membabitkan dua insiden ini. Hujan berterusan menyebabkan berlaku pergerakan tanah runtuh di bucu jalan tersebut dan menyebabkan keadaan tebing jalan mendap,"katanya ketika dihubungi di sini.
Menurut Beng Yeow, jalan terbabit juga ditutup sementara dan lencongan dibuat di Jalan Orkid 3.
"Pihak JKR Kulai dihubungi untuk tindakan," katanya.
Pada Januari lalu, Jalan Sungai Tiram- Ulu Tebrau juga terjejas tebing runtuh akibat banjir dan ditutup hampir dua bulan sebelum dibuka semula pada 22 Februari lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ulu-tebrau-ditutup |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|